top of page

Kerajaan perketat kawalan harga barangan, perluas Jualan RAHMAH

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
21 hours ago
1 min read

Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib
Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir. Gambar arkib

Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) diperluas bagi membantu menstabilkan harga barangan keperluan serta mengelakkan kenaikan harga secara mendadak di pasaran.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata sejumlah RM700 juta diperuntukkan tahun depan bagi melaksanakan 30,000 penganjuran PJRM bersasar bertujuan membantu rakyat mendapatkan barangan keperluan asas pada harga yang lebih berpatutan.


Menurut beliau, langkah menstabilkan harga barangan terutamanya menjelang pelaksanaan kadar gaji minimum baharu RM2,000 mulai Jun 2027 turut akan disokong penguatkuasaan ketat di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan.


"Kerajaan komited untuk menstabilkan harga barangan keperluan melalui penguatkuasaan lebih ketat, pengurusan strategik dan peningkatan kekerapan PJRM di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).


"Dari segi kekerapan, tahun depan kita menyasarkan peruntukan RM50 juta untuk 5,000 Program Jualan Agro MADANI, di samping 30,000 Program Jualan Rahmah MADANI ini dengan perbelanjaan keseluruhan RM700 juta," katanya dipetik laporan media.


Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat semalam.


Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru menegaskan, Majlis Tindakan Sara Hidup Negara akan terus memantau situasi semasa dan melaksanakan pelbagai langkah proaktif demi menangani isu kos sara hidup rakyat.


Beliau turut memaklumkan, untuk 2026, inflasi berada pada 1.7% pada suku pertama dan sekitar 1.9% hingga 2.0% pada suku kedua. Inflasi makanan dan minuman pula mencatatkan 1.4% pada Mei dan Jun, sebelum berada antara 1.8% hingga 1.9% pada Julai dan Ogos.


"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada 5.4% pada suku pertama dan 6.0% pada suku kedua 2026 turut membuktikan bahawa peningkatan gaji minimum mengukuhkan permintaan domestik tanpa menjejaskan kestabilan harga," katanya.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page