top of page

Ketidaktentuan ekonomi global, Malaysia kekal di landasan stabil - Akmal

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Ekonomi Malaysia kekal berada pada landasan stabil meskipun dunia terus berdepan ketidaktentuan dan cabaran makroekonomi global.


Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75% untuk 7 Mei tahun ini, sementara inflasi keseluruhan dan teras pula masing-masing mencatat purata 1.6% dan 2.1% pada suku pertama 2026.


Ujarnya, anggaran awal Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku pertama 2026 pula menunjukkan pertumbuhan 5.3%.


"Angka ini memberi isyarat bahawa ekonomi negara masih berada pada landasan pertumbuhan yang baik, dengan tekanan harga yang masih terkawal," katanya.


Beliau berkata demikian dalam sidang media berkenaan krisis bekalan global, hari ini.


Dalam sidang media sama, Akmal memaklumkan bahawa pasaran ekuiti tempatan juga mengekalkan momentum positif sepanjang minggu pelaporan 4 hingga 8 Mei lalu.


Katanya, FBM KLCI Bursa Malaysia (FBM KLCI) ditutup pada paras 1,748.06 mata pada 8 Mei 2026, meningkat 2.1% berbanding 1,722.02 mata pada minggu sebelumnya.


"Dalam keadaan rantaian bekalan global yang masih tidak menentu, prestasi ini menunjukkan pasaran domestik masih disokong oleh sentimen pelaburan yang baik dan keyakinan terhadap asas ekonomi negara.


"Selain dari pasaran ekuiti, jika kita lihat dari segi kedudukan harga komoditi, dua komoditi utama negara iaitu kelapa sawit dan getah turut mencatatkan perkembangan positif.


"Bagi tempoh yang sama, 4 hingga 8 Mei, purata harga kelapa sawit meningkat 1.2% daripada RM4,502 satu tan kepada RM4,558 satu tan, manakala purata harga getah meningkat 2.3% daripada 854 sen sekilogram kepada 874 sen sekilogram," katanya lagi.


"Perkembangan ini dijangka menyokong pendapatan eksport negara serta memberi limpahan positif kepada pekebun kecil dan juga aktiviti ekonomi domestik dalam sektor peladangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page