top of page

Berita


Kebajikan rakyat terus dipelihara meskipun hadapi tekanan kos tenaga - TPM
DS Fadillah menjawab soalan moderator dalam Forum Ekonomi Malaysia: Mengurus Kelestarian dan Transisi Tenaga 2026 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pagi tadi Oleh: Helmi Foad Kebajikan rakyat tetap kekal sebagai keutamaan dalam menghadapi cabaran kos tenaga yang kian tidak menentu termasuk risiko kenaikan harga bahan api global seperti arang batu dan gas. Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata Malaysia masih bergantung kepada sumber bahan api kon

Suara Keadilan
Feb 52 min read


Lebih 21 juta penerima SARA RM100 buat perbelanjaan tahun lepas
DS Amir Hamzah menjelaskan mengenai penerima SARA di Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Sebanyak RM15 bilion telah diperuntukkan oleh pihak kerajaan pada tahun ini untuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berbanding RM10 bilion pada 2024 demi memanfaatkan lebih 8 juta penerima. Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bantuan tersebut khususnya SARA merupakan mekanisme bantuan bersasar yang membantu rakyat menangani peningkata

Suara Keadilan
Feb 52 min read


Premis perniagaan kecil, besar: Henti penguatkuasaan ‘double standard’
Pemuda AMANAH Negeri Sembilan menggesa amalan “double standard” dalam penguatkuasaan undang-undang dihentikan susulan tindakan terhadap sebuah premis menjual makanan di Seremban yang didakwa menjual semula lebihan makanan yang tidak habis dijual. Pengarah Biro Pilihanraya Pemuda AMANAH Negeri Sembilan, Umar Mokhtar Abdullah (gambar) berkata, pihaknya mengambil maklum laporan tular oleh warganet berhubung isu berkenaan, serta tindakan pantas yang diambil oleh Pejabat Kesihata

Suara Keadilan
Feb 51 min read


Thaipusam 2026: Perayaan aman, teratur, hargai pengorbanan semua - Dr Gunaraj
Dr Gunaraj (dua dari kanan) melawat petugas yang menjaga kelancaran perayaan Thaipusam Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Kepada Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George merakamkan penghargaan setinggi-tingginya kepada semua agensi penguatkuasaan, perkhidmatan kecemasan serta sukarelawan yang memastikan Sambutan Thaipusam 2026 di Batu Caves berlangsung dengan aman, selamat dan teratur sejak 31 Januari lalu. Menurut beliau, Thaipusam merupakan perayaan suci bagi pengan

Redzuan Shamsudin
Feb 52 min read


Lembaga Keamanan Gaza: Waspada, ambil pendekatan berprinsip - Syed Ibrahim
Oleh: Sidiqin Omar Pendekatan berprinsip dan berhati-hati harus dilakukan Malaysia terhadap cadangan penubuhan Lembaga Keamanan antarabangsa berkaitan Palestin yang dipelopori Amerika Syarikat (AS). Pengerusi Kaukus Parlimen Malaysia untuk Palestin, Syed Ibrahim Syed Noh (gambar) berkata, pendirian itu selari dengan dasar luar negara ini yang konsisten menyokong hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri. Katanya, sebarang mekanisme keamanan yang tidak me

Suara Keadilan
Feb 52 min read


Kerajaan kenakan larangan mutlak import sisa elektronik
TS Azam Baki mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste, meletakkan e-waste di bawah kategori Larangan Mutlak Pengimportan sisa elektronik (e-waste) kini diklasifikasikan di bawah kategori Larangan Mutlak mengikut Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) 2023. Keputusan berkenaan dicapai pada Mesyuarat Pasukan Petugas Khas Hala Tuju Pengurusan Penguatkuasaan Pengimportan Sisa Plastik dan E-Waste

Suara Keadilan
Feb 51 min read


Ramadan: Penjawat awam wanita N Sembilan pulang awal setiap Jumaat - MB
Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan kelonggaran untuk penjawat awam wanita di negeri itu pulang lebih awal pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan iaitu pada jam 2 petang. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) , berkata kelonggaran hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri. "Ini pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentad

Suara Keadilan
Feb 51 min read


MITI pastikan penggunaan produk tempatan beri impak ekonomi
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memperkukuh dasar pelaburan negara dengan menekankan pengukuran berasaskan hasil melalui Kerangka Insentif Baharu (NIF), bagi memastikan penggunaan produk tempatan memberi manfaat nyata kepada ekonomi domestik. Timbalan Menteri MITI, Sim Tze Tzin (gambar) berkata, pendekatan itu untuk memastikan komitmen penggunaan produk tempatan dalam projek pelaburan sama ada pelaburan asing (FI) atau pelaburan domestik (DI) tidak sek

Suara Keadilan
Feb 51 min read


SARA: Kerajaan pertimbang benarkan pembelian barangan sejuk beku
Kerajaan MADANI bakal meneliti cadangan penambahbaikan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya memberi lebih pilihan kepada penerima. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, antara cadangan yang sedang dipertimbangkan ialah peluasan kategori barangan yang dibenarkan, termasuk produk makanan sejuk beku. "Pada masa hadapan, kita akan mengumumkan peluasan kepada barangan sejuk beku yang akan dibenarkan di bawah SARA," katanya dipetik ketika menggulung

Suara Keadilan
Feb 51 min read


RUU Jenayah Siber bakal dibentangkan - Dr Zahid
Rang Undang-Undang (RUU) Jenayah Siber dijangka dibentangkan di Parlimen bulan depan bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997 (Akta 563). Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerugian akibat penipuan dalam talian mencecah lebih RM2.9 bilion tahun lalu, meningkat lebih 86 peratus berbanding 2024, sekali gus membuktikan keperluan mendesak terhadap undang-undang yang lebih kukuh dan relevan. Justeru jelasnya, penggubalan RUU Jenayah Siber itu b

Suara Keadilan
Feb 52 min read


Program W.A.I.S.E. perkasa wanita melalui AI jana keusahawanan digital
Karen (tiga dari kiri, depan) bersama tenaga pengajar dan peserta program yang mendapat sijil kemahiran AI Program Empowering Women Through AI & Affiliate Marketing yang diadakan di Klang pada 29 Januari lalu telah berjaya memperkasa 30 peserta wanita dengan kemahiran kecerdasan buatan (AI), penciptaan kandungan digital dan pemasaran afiliasi bagi membuka peluang penjanaan pendapatan dalam ekonomi digital. Bagi Exco Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Pusat, Karen Kasturi yang ha

Suara Keadilan
Feb 42 min read


Jamin pendidikan tinggi "semurah mungkin", bantu pelajar miskin
DS Anwar menjanjikan pendidikan semurah mungkin, terutama bagi golongan kurang kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan komitmen kerajaan untuk menjadikan pendidikan tinggi lebih mampu milik dan menyokong institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) termasuk Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT). Perdana Menteri berkata kerajaan sedang menimbang memberi pendidikan percuma secara berperingkat khususnya kepada pelajar kurang berkemampuan. "Kalau

Suara Keadilan
Feb 41 min read


Hipokrasi politik Pas desak TKM 1 Pulau Pinang letak jawatan
Oleh: Helmi Foad Tindakan Pas Pulau Pinang mendesak Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid meletakkan jawatan susulan isu pengurusan dana zakat disifatkan sebagai hipokrasi politik, kata Pengerusi AMANAH Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) . Menurut beliau, Pas dilihat bersikap tidak konsisten apabila hanya memfokuskan desakan terhadap pimpinan kerajaan Pulau Pinang, namun gagal mengambil pendirian sama terhadap seorang Menteri Besar daripada parti it

Suara Keadilan
Feb 42 min read


Bukan obses jadi PM, tetapi keberanian lawan rasuah - Abun
Oleh: Akmal Manaf Dakwaan pihak tertentu yang melabel Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai obses untuk menjadi Perdana Menteri (PM) adalah tidak adil dan tidak wajar. Ahli Dewan Negara, Senator Abun Sui Anyit (gambar) menyifatkan, sesiapa yang berjaya menjawat jawatan PM telah pun mendapat keyakinan Yang di-Pertuan Agong mampu mentadbir negara berasaskan kaliber individu. "Jika seseorang benar-benar obses sekalipun, tanpa kehendak Tuhan Yang Maha Esa, perkara itu tidak akan berl

Suara Keadilan
Feb 41 min read


Malaysia tidak pernah serah tanah lebih 5,000 hektar kepada Indonesia
Rajah 1: Kawasan sempadan darat OBP, Malaysia (Sabah) dan Indonesia (Kalimantan Utara) Malaysia tidak pernah menyerahkan lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia seperti yang didakwa pembangkang, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Sebaliknya Perdana Menteri menjelaskan dakwaan tersebut berpunca daripada salah faham dan penyelewengan fakta berkaitan proses penentuan sempadan negara. Menurut beliau, isu jajaran sempadan Malaysia-Indonesia adalah perkara yang tertakluk kepada perj

Suara Keadilan
Feb 42 min read


Penentuan sempadan M'sia-Indonesia berasaskan perjanjian konvensyen - PM
PM Anwar menerangkan perihal sempadan darat Malaysia-Indonesia di Dewan Rakyat Oleh: Akmal Manaf Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan penentuan sempadan Malaysia-Indonesia, terutamanya di kawasan Nunukan, Sabah-Kalimantan adalah berasaskan perjanjian sejarah dan konvensyen antarabangsa yang berkuatkuasa. Perdana Menteri (PM) berkata, asas penentuan sempadan darat antarabangsa Malaysia dengan negara jiran Indonesia itu adalah berdasarkan kepada dua konvensyen dan satu perjanjia

Suara Keadilan
Feb 42 min read


Rakan Muda masjid kerjasama bersama Kementerian Agama
Dr Taufiq dalam sidang media bersama Menteri Agama Dr Zulkifli Oleh: Akmal Manaf Kerajaan komited memperluas fungsi masjid dalam pembangunan belia apabila Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berganding dengan Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi program Rakan Muda. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pemerkasaan program belia merupakan antara usaha pihaknya bagi membendung gejala negatif dalam kalangan belia. "Masjid berperanan sebagai pusa

Suara Keadilan
Feb 41 min read


Persaingan kuasa dalam Pas, politik tidak lagi 'suci'?
Oleh: Akmal Manaf Pas yang sering melabel parti lain sebagai sekular dan tidak ‘suci’ didakwa menggunakan naratif tersebut bagi menutup kelemahan dalam kelompok mereka sendiri, kata Ustaz Syamsul Firdaus Supri (gambar) . Mantan Ahli Dewan Negeri (ADUN) Taman Medan itu berkata, sebaliknya sistem politik dalam kerangka demokrasi bukanlah terikat dengan konsep syarak tertentu, sebaliknya merupakan ijtihad duniawi dan kaedah pelaksanaannya tidak dibataskan oleh sebarang kaedah ag

Suara Keadilan
Feb 42 min read


'Obses jadi PM bukan satu kesalahan'
Obses untuk menjadi Perdana Menteri (PM)tidak menjadi satu kesalahan dalam sistem demokrasi, kata mantan Ahli Dewan Negeri (ADN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (gambar) . Menurut beliau, keinginan untuk memimpin negara tidak seharusnya dijadikan bahan persepsi, lebih-lebih lagi jika hal itu selari dengan kehendak majoriti rakyat. "Obses menjadi PM bukanlah satu kesalahan," kata beliau dalam muat naik di media sosial. Beliau menegaskan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahi

Suara Keadilan
Feb 41 min read


Biro Pekerja KEADILAN Selangor tumpu gerakan advokasi hak pekerja
Oleh: Akmal Manaf KEADILAN Selangor memperkukuh usaha memperjuangkan hak pekerja apabila menubuhkan Jawatankuasa Gerak Kerja Biro Pekerja peringkat negeri sebagai platform penyelarasan gerak kerja dan advokasi pekerja di negeri berkenaan. Pengerusi Biro Pekerja KEADILAN Selangor, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid (gambar) berkata, jawatankuasa tersebut akan memberi tumpuan kepada penyampaian maklumat berkaitan hak undang-undang serta faedah pekerjaan yang kurang diberi penjela

Suara Keadilan
Feb 42 min read
bottom of page
