top of page

Ramadan: Penjawat awam wanita N Sembilan pulang awal setiap Jumaat - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan kelonggaran untuk penjawat awam wanita di negeri itu pulang lebih awal pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan iaitu pada jam 2 petang.


Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar), berkata kelonggaran hanya membabitkan pekerja di bawah pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) negeri, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.


"Ini pelaksanaan waktu bekerja fleksi khas bulan Ramadan 2026 bagi penjawat awam wanita di bawah pentadbiran kerajaan negeri.


"Hari Jumaat mereka akan bekerja sehingga jam 2 petang. Selepas orang lelaki datang, mereka balik," katanya dipetik media.

Menurut Aminuddin, kelonggaran itu bakal melibatkan lebih kurang 2,496 penjawat awam wanita di negeri ini


Dalam perkembangan berasingan, beliau turut memaklumkan, bantuan khas kewangan kepada 57,000 pekerja Kerajaan Persekutuan di negeri ini membabitkan peruntukan RM17 juta akan diberikan pada 14 Mac iaitu sebelum sambutan Aidilfitri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page