top of page

SARA: Kerajaan pertimbang benarkan pembelian barangan sejuk beku

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan MADANI bakal meneliti cadangan penambahbaikan pelaksanaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) supaya memberi lebih pilihan kepada penerima.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, antara cadangan yang sedang dipertimbangkan ialah peluasan kategori barangan yang dibenarkan, termasuk produk makanan sejuk beku.


"Pada masa hadapan, kita akan mengumumkan peluasan kepada barangan sejuk beku yang akan dibenarkan di bawah SARA," katanya dipetik ketika menggulung perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi kementeriannya di Dewan Rakyat, Rabu lalu.


Tambah beliau, cadangan penambahbaikan itu bakal dibincangkan bersama pasukan pelaksana SARA sebelum sebarang keputusan dibuat, dengan penekanan berterusan terhadap penggunaan barangan tempatan dan sokongan kepada peniaga kecil.


Dalam pada itu, Amir Hamzah memaklumkan bahawa peluasan rangkaian peruncit SARA menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila jumlah kedai yang diiktiraf meningkat daripada 700 pada 2024 kepada kira-kira 10,000 kedai tahun lalu, termasuk 3,000 kedai runcit kecil.


Tahap penggunaan SARA juga dilaporkan sangat tinggi apabila 99 peratus penerima tidak menghadapi sebarang masalah untuk mengakses bantuan, sekali gus membuktikan keberkesanan pelaksanaan skim berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page