top of page

Berita


Langkah KUSKOP perkenal BARAKAT, BERKAT tepat pada masa - Najwan
Oleh: Azuan Ab Rahman Langkah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) memperkenalkan dua program pembiayaan khas sempena musim perayaan disambut baik Kerajaan Selangor. Exco Keusahawanan Negeri, Mohd Najwan Halimi (gambar) , berkata Skim Pembiayaan Ramadan Perniagaan Rakyat (BARAKAT) dan Program Pembiayaan Khas Perusahaan Mikro Milikan Cina (BERKAT) dilancarkan tepat pada masanya untuk membantu penjaja dan peniaga kecil menghadapi cabaran aliran tunai serta ken

Suara Keadilan
Feb 71 min read


Skim kawalan harga sempena Tahun Baharu Cina akan dilaksana
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bersempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal diraikan tidak lama lagi. Jurucakap Kerajaan MADANI, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelaksanaan skim itu telah dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada Jumaat. Menurutnya, sebanyak 16 jenis barangan akan dis

Suara Keadilan
Feb 71 min read


AMK: Perhimpunan harus aman, tidak cetus provokasi
Oleh: Azuan Ab Rahman Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat menyatakan pendirian menghormati hak mana-mana pihak untuk berhimpun selaras dengan prinsip demokrasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan. Bagaimanapun, sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu mengingatkan bahawa setiap perhimpunan dianjurkan harus dilaksanakan secara aman dan tidak bertujuan mencetuskan sebarang bentuk provokasi, yang menyentuh atau menghina kepercayaan serta agama mana-mana kaum di M

Suara Keadilan
Feb 71 min read


Selangor kukuh kerjasama strategik dengan Kesatuan Eropah
DS Amirudin menerima kunjungan hormat Duta Besar Kesatuan Eropah ke Malaysia, Rafael Tristan Daerr Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Selangor komited memperkukuh peranannya sebagai rakan strategik global dengan Kesatuan Eropah (EU). Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, negeri itu kekal terbuka dan mengalu-alukan semua peluang perniagaan serta pelaburan yang mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, kemajuan teknologi dan kelestarian jangka panjang. Sehub

Suara Keadilan
Feb 71 min read


Kurikulum baharu STAM catat pencapaian membanggakan – Fadhlina
Fadhlina pada majlis Pengumuman Keputusan STAM 2025 Tiga buah sekolah yang mencatatkan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2025 terbaik bakal menerima RM10,000 sebagai insentif keputusan yang cemerlang. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan keseluruhan calon STAM dengan kurikulum baharu hasil kerjasama dengan al-Azhar al-Sharif telah menunjukkan hasil apabila Gred Purata Kebangsaan (GPK) merekodkan pencapaian membanggakan negara. "Kurikulum yang digub

Suara Keadilan
Feb 71 min read


"Pandang rendah UIAM sikap tidak baik" - Fahmi
Pembangkang tidak seharusnya memandang rendah keupayaan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam menjalankan kajian cadangan pelaksanaan pilihanraya Datuk Bandar Kuala Lumpur, demikian kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil (gambar) . Beliau berkata tindakan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang dilihat mempertikaikan kewibawaan universiti awam itu adalah sikap yang buruk dan tidak bertanggungjawab. "Saya kesal ada pihak yang mem

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Laporan polis ke atas 'Gerakan Anti Rumah Anutan Haram'
Thiban (dua dari kiri) membuat laporan polis terhadap pihak yang memprovokasi isu 3R Oleh: Akmal Manaf Satu laporan polis telah dibuat terhadap seorang individu dikenali sebagai Zamri Vinoth Kalimuthu dan sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka 'Gerakan Anti Rumah Anutan Haram', berhubung dakwaan bakal menganjurkan himpunan dan mengeluarkan kenyataan berunsur provokasi yang didakwa berpotensi mencetuskan ketegangan antara kaum dan agama di negara ini. Aktivis KEADILAN, Thi

Suara Keadilan
Feb 62 min read


Keselamatan Internet: MCMC guna kaedah santai beri kefahaman kepada masyarakat
Oleh: Helmi Foad Isu keselamatan Internet kini tidak lagi terhad kepada perbincangan teknikal atau komuniti pakar semata-mata sebaliknya berkembang menjadi isu keluarga dan masyarakat yang memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian rakyat. Seiring dengan realiti itu, Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 yang dijadual berlangsung di Astaka Taman Tasik Titiwangsa pada Ahad ini menggunakan pendekatan santai bagi membawa isu keselamatan digital, kanak-kanak, kecerdasan buat

Suara Keadilan
Feb 62 min read


Tidak kompromi gangguan keselamatan lawatan pemimpin asing – Fahmi
Oleh: Helmi Foad Kerajaan tidak berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mencetuskan gangguan keselamatan khususnya ketika negara menerima lawatan rasmi pemimpin asing ke Malaysia. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata pendirian tegas itu diputuskan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mesyuarat Jemaah Menteri hari ini. "Perdana Menteri telah membuat keputusan yang jelas bahawa kerajaan tidak akan mengizinkan mana-mana pihak men

Suara Keadilan
Feb 62 min read


Kenaikan nilai ringgit kerana asas ekonomi domestik kukuh - Dr Barjoyai
Oleh: Akmal Manaf Pengukuhan ringgit dalam beberapa minggu kebelakangan ini didorong gabungan faktor global dan domestik, termasuk ketidaktentuan ekonomi Amerika Syarikat (AS) dan peningkatan minat pelabur terhadap pasaran Malaysia, kata Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai (gambar) . Menurut pakar ekonomi dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (MUST) itu, permintaan terhadap ringgit turut menunjukkan peningkatan berikutan minat pelaburan yang semakin kukuh di Malaysia, di

Suara Keadilan
Feb 62 min read


Pelantikan KMKK di Sarawak: Elak manipulasi politik, ketepi komuniti setempat
Oleh: Akmal Manaf Isu pelantikan Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) di Sarawak mencetuskan kontroversi apabila didakwa dimanipulasi untuk kepentingan politik, sekaligus mencabar prinsip penghormatan terhadap adat dan keputusan komuniti setempat. Naib Pengerusi KEADILAN Sarawak, Khusyairy Pangkas (gambar) berkata, isu pelantikan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN), menjadi punca rakan komponen dalam gabungan parti di negeri berkenaan tidak menghormati sesama sendir

Suara Keadilan
Feb 62 min read


RM4.42 juta ganjaran kemenangan sukan atlet Sukan SEA, Sukan Para ASEAN
Oleh: Akmal Manaf Kerajaan menzahirkan penghargaan terhadap pencapaian atlet negara dengan menyalurkan RM4.42 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM) kepada atlet yang bertanding pada Sukan SEA 2025 dan Sukan Para ASEAN 2025 di Thailand. Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, insentif berkenaan bukan sahaja sebagai pengiktirafan kepada kejayaan atlet, malah bertujuan menjadi pemangkin kepada peningkatan prestasi pada masa hadapan. "Kerajaan me

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Kerajaan Sabah perlu jaga kebajikan anak Murut bekerja di Australia - Raymond
Raymond (tujuh dari kanan) bersama anak perantauan kominiti Murud Oleh: Akmal Manaf Kerajaan Negeri Sabah diseru supaya memberi perhatian serius terhadap kebajikan anak-anak Murut berada di perantauan, khususnya di Australia yang bekerja dalam sektor pertanian, penternakan dan perkilangan. Presiden Pertubuhan Kebudayaan dan Kebajikan Murut Malaysia (PKKMM), Raymond Ahuar berkata, kebanyakan anak-anak Murut di Australia bekerja dalam keadaan fizikal yang mencabar, jauh daripad

Suara Keadilan
Feb 62 min read


Agenda pendidikan: KEADILAN Kuantan fokus pembangunan sukan badminton
Kanak kanak perlu dilatih dalam sukan sejak bangku sekolah bagi mencungkil bakat KEADILAN Cabang Kuantan terus memperkukuh agenda penglibatan dalam sektor pendidikan menerusi program kokurikulum sekolah bagi memastikan hasrat kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan. Selain aktif dalam pengukuhan akademik, khususnya subjek Matematik dan Sains, kepimpinan cabang kini memperluas sumbangan kepada aspek kecemerlangan sukan apabila membimbing murid-murid sekolah rend

Suara Keadilan
Feb 61 min read


KPM jamin tiada penolakan pendaftaran murid enam tahun
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan semua kanak-kanak berumur enam tahun yang mendaftar darjah satu pada 2027 akan diterima tanpa sebarang penolakan. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, persiapan telah dilakukan pada tahap maksimum, termasuk pemetaan kawasan dan pengoptimuman prasarana untuk menerima kemasukan murid. "Walaupun ada pilihan, persiapan kita maksimum dengan mengambil kira pemetaan yang sudah pun kita buat. "Dari segi sambutan, sudah pu

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Hala tuju baharu PADU diumumkan sebelum Aidilfitri - Akmal
Hala tuju baharu Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bakal diumumkan sebelum Hari Raya Aidilfitri bagi memberi kejelasan selepas sistem berkenaan dilihat menyepi agak lama. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kerajaan sedang merangka hala tuju baharu bagi memastikan sistem tersebut dapat dimanfaatkan secara lebih menyeluruh, bukan sahaja untuk pelaksanaan bantuan bersasar, malah sebagai asas penting dalam penggubalan dasar negara. "Setakat ini, sistem ini suda

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Tangguh perjalanan tidak penting ke Iran - Wisma Putra
Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Iran susulan keadaan keselamatan di negara itu dan kawasan sekitarnya yang masih tidak menentu. Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menerusi satu kenyataan pada 5 Febuari 2026 turut membuat saranan agar Warganegara Malaysia yang kini berada di Iran mempertimbangkan meninggalkan negara itu menggunakan perkhidmatan komersial sedia ada. "Bagi warganegara Malaysia yang memilih untuk terus be

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Dedikasi APM pastikan keselamatan, kesejahteraan rakyat dihargai
Datuk Mustapha (kanan) menghargai dedikasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Oleh: Azuan Ab Rahman Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam aspek kesiapsiagaan bencana, pengurusan kecemasan serta khidmat kemanusiaan. Beliau menegaskan, komitmen itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri-negeri B

Redzuan Shamsudin
Feb 61 min read


SARA untuk semua dikreditkan bermula Isnin depan
Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diagihkan bermula 9 Februari 2026. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bantuan sekali beri berjumlah RM100 itu diperkenalkan bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, dan akan dikreditkan terus ke MyKad penerima. Beliau berkata, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi pe

Suara Keadilan
Feb 61 min read


Malaysia kekal di landasan pertumbuhan ekonomi, teruskan reformasi - Anwar
Oleh: Helmi Foad Kerajaan menegaskan komitmen untuk memastikan pertumbuhan ekonomi negara kekal mampan dan inklusif melalui pelaksanaan reformasi berterusan serta pengukuhan integriti tadbir urus supaya manfaat ekonomi benar-benar dirasai oleh rakyat. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pertumbuhan ekonomi tidak boleh dinilai berdasarkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) semata-mata, sebaliknya perlu diterjemahkan kepada peningkatan kualiti kehidupan sehar

Suara Keadilan
Feb 52 min read
bottom of page
