top of page

Dedikasi APM pastikan keselamatan, kesejahteraan rakyat dihargai

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Feb 6
1 min read

Datuk Mustapha (kanan) menghargai dedikasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Datuk Mustapha (kanan) menghargai dedikasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)

Oleh: Azuan Ab Rahman


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Mustapha Sakmud menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dalam aspek kesiapsiagaan bencana, pengurusan kecemasan serta khidmat kemanusiaan.


Beliau menegaskan, komitmen itu penting bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di negeri-negeri Borneo yang berdepan cabaran geografi serta risiko bencana alam.


"Saya menzahirkan penghargaan terhadap dedikasi berterusan APM.


"Turut saya tegaskan ialah kepentingan jalinan kerjasama strategik antara semua agensi bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan rakyat, khususnya di Sabah dan Sarawak, sentiasa terpelihara," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Terdahulu, beliau menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya APM, YAS KPj (PA) Mohammad Abiddin Abd Rahman di Bangunan Parlimen Malaysia, semalam.


Pada sesi tersebut, Mustapha turut menerima Watikah Pangkat serta vest APM sebagai simbolik pelantikan beliau sebagai Pesuruhjaya Kehormat Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.


"Saya rakamkan penghargaan kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi atas kepercayaan diberikan kepada saya untuk menggalas tanggungjawab ini," tambahnya.


Sementara itu, beliau memaklumkan bahawa pertemuan yang berlangsung semalam turut membincangkan beberapa isu termasuk potensi memperluas penglibatan mahasiswa dalam program APM menerusi inisiatif kesukarelawanan, latihan asas kesiapsiagaan bencana serta pembangunan kepimpinan belia.

2 Comments


Samuel Dany
Sep 21

Horarios de cada jornada bien explicados pueden ahorrar tiempo durante la búsqueda de información. Una lista clara permite identificar rápidamente las fechas correspondientes y consultar los detalles de cada sorteo con mayor comodidad.

Like

OzGames Online
OzGames Online
Mar 04

I enjoy how Hole io encourages aggressive but smart gameplay. You need to plan your path to maximize your growth.

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page