top of page

SARA untuk semua dikreditkan bermula Isnin depan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 22 hours ago
  • 1 min read

Inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diagihkan bermula 9 Februari 2026.


Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, bantuan sekali beri berjumlah RM100 itu diperkenalkan bagi memperkukuh jaringan keselamatan sosial negara dalam membantu rakyat menangani peningkatan kos sara hidup, dan akan dikreditkan terus ke MyKad penerima.


Beliau berkata, Kerajaan MADANI memperuntukkan sebanyak RM2.2 bilion bagi pelaksanaan inisiatif di bawah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) itu.


"Pada 9 Februari 2026, pelaksanaan SARA Untuk Semua iaitu bantuan sekali beri RM100 melalui MyKad akan bermula.


"Tiada permohonan diperlukan kerana bantuan akan dikreditkan secara automatik ke MyKad masing-masing dan sah digunakan sehingga 31 Disember 2026. Semakan kelayakan boleh dibuat mulai hari ini menerusi portal sara.gov.my," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.


Amir Hamzah turut memaklumkan, semakan kelayakan boleh dibuat dengan melayari portal sara.gov.my.


inisiatif SARA Untuk Semua diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersempenan sambutan Hari Kebangsaan 2025, sebagai tanda penghargaan kepada rakyat Malaysia.


Menerusi pembentangan Belanjawan 2026 di Dewan Rakyat pada Oktober lalu, beliau yang juga Menteri Kewangan mengumumkan kerajaan sekali lagi melaksana inisiatif itu kepada 22 juta rakyat Malaysia pada tahun ini.


Bantuan tersebut bertujuan meringankan kos sara hidup, khususnya bagi membantu persiapan menyambut bulan Ramadan serta Tahun Baharu Cina yang bakal tiba.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page