Tangguh perjalanan tidak penting ke Iran - Wisma Putra
- Suara Keadilan

- 2 hours ago
- 1 min read

Rakyat Malaysia dinasihatkan supaya menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting ke Iran susulan keadaan keselamatan di negara itu dan kawasan sekitarnya yang masih tidak menentu.
Kementerian Luar Negeri (Wisma Putra) menerusi satu kenyataan pada 5 Febuari 2026 turut membuat saranan agar Warganegara Malaysia yang kini berada di Iran mempertimbangkan meninggalkan negara itu menggunakan perkhidmatan komersial sedia ada.
"Bagi warganegara Malaysia yang memilih untuk terus berada di Iran, mereka dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan perhimpunan awam yang besar.
"Warga Malaysia di Iran juga perlu mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," menurut kenyataan berkenaan.
Kenyataan tersebut disiarkan susulan kemas kini terkini situasi keselamatan serta merujuk kepada pemakluman terdahulu pada 11 Januari lalu.
Wisma Putra sementara itu memaklumkan, bantuan konsular boleh diperoleh dengan menghubungi Bahagian Konsular kementerian itu melalui talian +603-8887 4597, +603-8887 4769 atau +603-8887 4264 pada waktu pejabat, atau e-mel bkrm@kln.gov.my.
Bagi kecemasan di luar waktu pejabat, warganegara Malaysia boleh menghubungi talian +603-8887 4570 atau e-mel dutyofficer@kln.gov.my.
"Kementerian akan terus memantau perkembangan situasi berkenaan secara dekat dan akan menyalurkan maklumat terkini sekiranya perlu," tambah kenyataan itu.









Comments