top of page

Agenda pendidikan: KEADILAN Kuantan fokus pembangunan sukan badminton

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

Kanak kanak perlu dilatih dalam sukan sejak bangku sekolah bagi mencungkil bakat
Kanak kanak perlu dilatih dalam sukan sejak bangku sekolah bagi mencungkil bakat

KEADILAN Cabang Kuantan terus memperkukuh agenda penglibatan dalam sektor pendidikan menerusi program kokurikulum sekolah bagi memastikan hasrat kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan.


Selain aktif dalam pengukuhan akademik, khususnya subjek Matematik dan Sains, kepimpinan cabang kini memperluas sumbangan kepada aspek kecemerlangan sukan apabila membimbing murid-murid sekolah rendah di DUN Tanjung Lumpur dalam sukan badminton.


Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi berkata, komitmen terhadap pendidikan telah digerakkan secara konsisten sejak 2016 melalui pelbagai inisiatif termasuk Program Tuisyen Percuma, program pemantapan subjek Sains dan Matematik serta STEM Camp.


"Kita melihat pendidikan secara menyeluruh, bukan sekadar pencapaian akademik tetapi juga pembangunan sahsiah dan bakat murid. Sukan adalah antara medium penting untuk membentuk disiplin dan keyakinan diri," katanya.


Sementara itu, Ketua Biro Sukan KEADILAN Kuantan, Mohd Supian Abdul Wahid memaklumkan bahawa pengalaman luas beliau dalam sukan badminton menjadi pencetus kepada pelaksanaan program klinik badminton di peringkat sekolah rendah.


Menurutnya, program tersebut dijalankan dengan kerjasama pihak sekolah di Dewan Serbaguna Taman Berjaya Permai, Kuantan, dengan matlamat menggiatkan minat serta meningkatkan kemahiran asas badminton dalam kalangan murid.


"Saya percaya pendedahan dan bimbingan awal di bangku sekolah rendah mampu melahirkan pemain berbakat yang boleh melangkah ke pertandingan peringkat Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) seterusnya ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM)," katanya.


Mohd Supian yang pernah menetap selama empat tahun di Australia turut berkongsi pengalaman mengendalikan klinik badminton di sekolah dan universiti di sana, yang menjadi inspirasi kepada pelaksanaan program sama di Kuantan.


Program klinik badminton ini turut mendapat sokongan komuniti setempat, khususnya Kelab Rukun Tetangga (KRT) Taman Berjaya Permai.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page