top of page

Berita


Selangor-Sabah perkukuh sekuriti makanan, jalin kerjasama strategik
DS Amirudin (berbaju merah) menerima kunjungan Datuk Jamawi (dua dari kanan) ke pejabatnya Oleh: Azuan Ab Rahman Kerajaan Negeri Selangor komited memperkukuh usaha memastikan bekalan makanan, khususnya untuk rakyat negeri itu terus terjamin dan stabil. Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan, komitmen berkenaan dilaksanakan menerusi pelbagai inisiatif strategik termasuk kerjasama rentas negeri. "Baru-baru ini PKPS mengadakan pertemuan bersama Kementerian Per

Suara Keadilan
Feb 201 min read


Malaysia kecam Israel daftar tanah diduduki sebagai 'tanah kerajaan'
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel mendaftarkan tanah diduduki secara haram di Tebing Barat, Palestin sebagai ‘tanah kerajaan’. Wisma Putra menegaskan tindakan itu merupakan cubaan memperluas dan mengabsahkan penempatan haram, sekali gus mengukuhkan pendudukan tidak sah ke atas wilayah Palestin. "Tindakan yang belum pernah berlaku sejak 1967 itu merampas tanah Palestin, memperluas aneksasi dan secara terang-terangan melanggar undang-undang antarabangsa,

Suara Keadilan
Feb 201 min read


Mas Ermieyati umum letak jawatan, Bersatu Masjid Tanah bubar
Gelombang peletakan jawatan dalam BERSATU terus berlarutan apabila Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin (gambar) pula hari ini mengumumkan pengunduran beliau sebagai Ketua Bahagian parti itu di Masjid Tanah. Keputusan itu dibuat bersama 39 ahli jawatankuasa bahagian berkenaan selepas satu mesyuarat khas yang dihadiri kepimpinan bahagian, ketua-ketua sayap dan cawangan. Menurut kenyataan yang diumumkan oleh Setiausaha Bahagian Shahrul Azhar Amir, mesyuarat

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Kuil Tanpa Kebenaran: Pas Selangor Perlu Hormati Undang undang
Oleh: Dr Fauzi Hj Fadzil ULASAN: Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah membuat pendirian tegas memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara untuk bertindak ke atas rumah ibadat termasuk kuil yang dibina di tapak tidak sah. PMX menegaskan bahawa dasar dan pendirian itu merupakan pegangan berterusan setiap kerajaan sebelum Kerajaan Madani lagi, namun setiap tindakan perlu dipastikan dengan siasatan yang jelas baha

Suara Keadilan
Feb 193 min read


Ramadan: Umat Islam perbaiki hubungan, tingkat ukhwah muhasabah diri
Pemimpin Kerajaan Perpaduan menzahirkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam sempena kehadiran Ramadan 1447H/2026M, sambil menyeru agar bulan mulia ini dimanfaatkan sebagai ruang memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan. Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, Ramadan tidak seharusnya dilihat sekadar rutin tahunan, sebaliknya peluang untuk mensyukuri nikmat dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh ke

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Puasa bukan sekadar lapar, jauhi fitnah serta kebencian – Dr Mujahid
Umat Islam diingatkan agar menjadikan Ramadan sebagai medan mendidik jiwa dan menahan diri daripada menyebarkan fitnah serta kebencian, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga. Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, tiada makna berpuasa sekiranya hati masih dipenuhi kebencian yang mendorong lidah menabur fitnah dan permusuhan. "Tiada makna berpuasa jika hati hitam mendorong mulut kita menyebar kebencian. Marilah kita berpuasa mulut kita

Suara Keadilan
Feb 191 min read


'Perkukuh kualiti pekerja migran, cegah pemerdagangan manusia'
Ust Fakhrulrazi menerima taklimat berkenaan sistem pengurusan pekerja migran Indonesia Usaha memperkemas pengurusan pekerja migran Indonesia ke Malaysia seharusnya diperkukuh dari semasa ke semasa. Hal itu dirintis oleh PT Migran Indonesia Intelligence (MII) yang membangun platform digital dalam urusan penyediaan tenaga kerja yang turut selari dengan agenda pentadbiran Presiden Indonesia, Prabowo Subianto ketika ini. Menurut mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulra

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Kerajaan tidak halang beribadat, tetapi tidak boleh pacak binaan tanpa peraturan
PM Anwar tegaskan peraturan pembinaan rumah ibadat peerlu diikuti untuk elak sebarang masalah Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan tidak pernah menghalang mana-mana penganut agama untuk beribadat, termasuk pembinaan rumah ibadat namun semua pihak wajib mematuhi peraturan dan undang-undang ditetapkan. Beliau berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berlandaskan hukum dan undang-undang seharusnya dipatuhi oleh rakyat di negar

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Outreach Coffee: Alternatif kopi bermutu tinggi, harga mampu minum
Team SKM menyantuni 'Atiqah Syairah (kanan sekali) di kafenya untuk berkongsi pengalaman Oleh: Noraini Nordin Jejak Usahawan Bersama Sekretariat KASEH MADANI : Seminggu sebelum Ramadan penulis bertandang di Outreach Coffee untuk menikmati kopi di kafe yang baharu beroperasi di CyberSouth, Dengkil, Selangor. Pelbagai jenis minuman berasaskan bijiran kopi, koko serta daun teh tersaji di sini. Minuman berasaskan buah-buahan termasuk strawberry, Berries, mangga juga boleh dijadik

Suara Keadilan
Feb 192 min read


Hargai jasa warga KDN, Malaysia negara antara paling aman di dunia - PM
Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan jasa dan pengorbanan warga Kementerian Dalam Negeri (KDN) wajar dihargai susulan peranan besar mereka dalam menjamin keselamatan negara, sambil memberi jaminan sebarang salah laku dalam kalangan agensi penguatkuasaan tetap akan diambil tindakan tegas. Beliau berkata, meskipun terdapat kelemahan yang dibangkitkan, prestasi keseluruhan agensi di bawah KDN menunjukkan peningkatan khususnya dalam usaha mem

Suara Keadilan
Feb 192 min read


MB Selangor, Zainul Rijal bincang isu rumah ibadat tanpa kebenaran
Datuk Zainul (berbaju merah) menyuarakan pandangan PPMM kepada DS Amirudin dalam pertemuan kelmarin Satu perjumpaan dan diskusi melibatkan Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Penasihat Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berlangsung dalam suasana terbuka dan konstruktif berlangsung kelmarin. Dalam muat naik di media sosial, Datuk Zainul berkata, pertemuan yang diatur oleh Menteri Besar itu sangat bermanfaat d

Suara Keadilan
Feb 192 min read


Harapan Ramadan CIMB 2026 santuni 6,000 keluarga seluruh negara
Dr Zulkifli (dua dari kanan) dan Datuk Hasan (kanan sekali) dalam majlis peluncuran bantuan Ramadan Program Harapan Ramadan CIMB 2026 anjuran CIMB Islamic Bank Berhad bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dan rakan-rakan strategik dilancarkan pada 16 Februari sebagai operasi kebajikan Ramadan berskala nasional yang menyantuni 6,000 keluarga di seluruh negara. Program berkenaan diperuntukkan sebanyak RM1 juta oleh CIMB Islamic Bank Berhad dan dijangka memberi manfaa

Suara Keadilan
Feb 192 min read


Amirudin teruskan program 30 Hari 30 Ayat, semarakkan penghayatan Al-Quran
Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) , mengajak umat Islam menjadikan Ramadan kali ini sebagai peluang membaca, mendalami dan memahami al‑Quran. Beliau berkata, pada tahun ini, pihaknya meneruskan program 30 Hari 30 Ayat dengan bacaan yang memfokuskan Surah Al-Mulk, yang mengingatkan umat Islam tentang kekuasaan Allah SWT, hakikat kehidupan serta tanggungjawab sebagai hamba. "Setiap bacaan ini akan disusuli tadabbur ringkas oleh ustaz jemputan yang akan menghurai

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Tahun Satu: KPM komited dengar pandangan tadika swasta
Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang tidak berpuas hati dengan mana-mana isu berbangkit berhubung pelaksanaan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun Satu. Menteri KPM, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, pihaknya telah menganjurkan sesi libat urus dengan pengusaha terbabit baru-ini dan mengambil maklum dengan isu-isu yang dibangkitkan mereka. Tambah beliau, KPM sangat prihatin untuk me

Suara Keadilan
Feb 191 min read


PH bina kekuatan sendiri, tidak bergantung perpecahan pembangkang
Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bersandar kepada kelemahan atau kemelut dalaman parti pembangkang sebagai strategi utama untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Pengarah Strategi KEADILAN Melaka, Mohd Radzmin Roslan (gambar) menegaskan, meskipun situasi pembangkang bergolak memberi sedikit kelebihan dari sudut persepsi, PH perlu memberi tumpuan sepenuhnya kepada gerak kerja di lapangan dan memperkukuh hubungan dengan pengundi. "Ke

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Banjir Manjoi: 60 keluarga terima bantuan tunai, ringan beban sambut Ramadan
Zulhisham (berbaju kelabu) mengagihkan peruntukan bantuan kepada mangsa banjir Sebanyak 60 keluarga di Manjoi, Perak menerima bantuan secara sekali beri susulan kejadian banjir yang melanda kawasan itu pada 16 Januari lalu. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori berkata, agihan fasa pertama menerusi peruntukan kerajaan negeri dan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Tambun disampaikan kepada penerima yang berdaftar di Pejabat Penghul

Suara Keadilan
Feb 192 min read


PM Anwar seru umat Islam hayati hikmah Ramadan
Umat Islam di negara ini diingatkan agar tidak melihat tuntutan puasa dan amalan sepanjang Ramadan sekadar memenuhi syarat dan rukun semata-mata. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ibadah puasa perlu dihayati dari sudut hikmah serta objektif pensyariatannya. "Puncak kenikmatan di sebalik ibadah puasa ini adalah pencapaian takwa melalui proses tarbiyah pembentukan watak, yang berakar pada kesedaran hati nurani dan kewaspadaan batin, dibangkitkan oleh r

Suara Keadilan
Feb 191 min read


Program Marhaban Ramadan eratkan ukhuwah KEADILAN Alor Gajah
Anggota dan pimpinan KEADILAN Alor Gajah dalam program Marhaban Ramadan Program Marhaban Ramadan telah berlangsung pada 17 Februari lalu di Pejabat Urusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Alor Gajah dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan. Majlis sederhana tetapi penuh makna itu menghimpunkan sahabat-sahabat seperjuangan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan, serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan anggota parti. Timbalan Pengerusi KEADILAN Mela

Suara Keadilan
Feb 181 min read


Pemulihan Ekonomi PMX Berhasil, Terus Diuji Luar dan Dalam
Oleh: Shahbudin Embun ULASAN: Jika dilihat pada sejarah, seorang pemimpin itu bukan sahaja diuji melalui kritikan dan bangkangan dari pihak pembangkang, tetapi ujian juga boleh datang, dan ada kalanya lebih tajam dari dalam. Sebelum memegang tampuk pemerintahan lagi, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX) telah melalui pelbagai jalan yang berliku demi untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik. Setiap langkah diperhatikan dan setiap dasar atau perancang

Suara Keadilan
Feb 183 min read


Setiausaha Politik PM santuni warga emas sempena Tahun Baharu Cina
Datuk Farhan menitipkan sumbangan dari Perdana Menteri kepada seorang warga emas Dalam kemeriahan sambutan Tahun Baharu Cina, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkesempatan menyantuni warga emas di Pusat Penjagaan Orang Tua Grannies Kuantan, semalam. Kunjungan tersebut diadakan selepas menghadiri beberapa siri program dan lawatan di sekitar Kuantan, sebagai sebahagian usaha menyemarakkan semangat kebersamaan sem

Suara Keadilan
Feb 181 min read
bottom of page
