top of page

Ramadan: Umat Islam perbaiki hubungan, tingkat ukhwah muhasabah diri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 12 hours ago
  • 1 min read

Pemimpin Kerajaan Perpaduan menzahirkan ucapan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam sempena kehadiran Ramadan 1447H/2026M, sambil menyeru agar bulan mulia ini dimanfaatkan sebagai ruang memperbaiki diri dan memperkukuh hubungan sesama insan.


Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, Ramadan tidak seharusnya dilihat sekadar rutin tahunan, sebaliknya peluang untuk mensyukuri nikmat dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh keberkatan.


"Selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadan kepada seluruh umat Islam. Mudah-mudahan Ramadan kali ini hadir bukan sekadar sebagai rutin tahunan, tetapi sebagai ruang untuk kita berhenti sejenak dan menghargai kehadirannya serta sama-sama bersyukur kepada Allah SWT kerana masih diberi peluang bertemu dengan bulan yang mulia ini," katanya dalam muat naik di media sosial.


Beliau menegaskan bahawa Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi bulan untuk memperbaiki hubungan dengan Allah, keluarga, sahabat serta diri sendiri.


"Semoga setiap doa yang dipanjatkan, setiap amal yang dilakukan dan setiap air mata yang jatuh dalam diam menjadi asbab turunnya rahmat dan keampunan-Nya," ujarnya.


Sementara itu, Pengarah Komunikasi KEADILAN, Adam Adli Abdul Halim turut menyifatkan Ramadan sebagai bulan yang membawa rahmat, keampunan dan ruang untuk bermuhasabah.

Adam Adli Abd Halim
Adam Adli Abd Halim

"Ramadan kembali menyapa; membawa rahmat, keampunan dan ruang untuk kita bermuhasabah serta memperbaiki diri. Semoga bulan penuh keberkatan ini menguatkan hati, melapangkan jiwa dan mengingatkan kita untuk terus peduli antara satu sama lain,” katanya.


Beliau turut mendoakan agar segala ibadah diterima dan setiap usaha kecil diberkati sepanjang Ramadan Al-Mubarak ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page