top of page

Tahun Satu: KPM komited dengar pandangan tadika swasta

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 56 minutes ago
  • 1 min read

Kementerian Pendidikan (KPM) bersedia untuk mengadakan sesi libat urus bersama pengusaha tadika dan prasekolah swasta yang tidak berpuas hati dengan mana-mana isu berbangkit berhubung pelaksanaan kanak-kanak berusia enam tahun memasuki Tahun Satu.


Menteri KPM, Fadhlina Sidek (gambar) berkata, pihaknya telah menganjurkan sesi libat urus dengan pengusaha terbabit baru-ini dan mengambil maklum dengan isu-isu yang dibangkitkan mereka.


Tambah beliau, KPM sangat prihatin untuk mendengar segala pandangan dan bersedia untuk meneruskan sesi libat urus bagi memberikan penjelasan berkaitan dasar yang bakal dilaksanakan.


"Tidak mengapa, jika ada lagi tidak berpuas hati, kita akan teruskan sesi libat urus ini. Dan yang sebenarnya macam dekat Malaysia, kita sangat prihatin kepada semua isu-isu yang dibangkitkan semasa sesi libat urus yang telah pun berlangsung.


"Jadi kalau ada isu lagi kita akan buat sesi-sesi itu kerana tak ada masalah bagi kita teruskan sesi libat urus untuk beri penjelasan," katanya dipetik.


Terdahulu, Ahli Parlimen Nibong Tebal itu ditemui pada Majlis Rumah Terbuka MADANI Tahun Baharu Cina KEADILAN Pulau Pinang di Bayan Baru, Georgetown pada Rabu.


Sementara itu, Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN merakamkan penghargaan kepada pengusaha tadika swasta yang menyambut baik dasar dan menyokong aspirasi kementeriannya dalam isu tersebut.


Mengulas kebimbangan ibu bapa khususnya di luar bandar, Fadhlina berkata prasekolah di sekolah kerajaan masih menerima kanak-kanak berusia enam tahun seperti biasa dan tiada paksaan meneruskan ke tahun satu lebih awal.


"Mana-mana ibu bapa yang merasakan anak mereka sudah bersedia untuk masuk ke tahun satu, tidak ada masalah. Yang lain kekal seperti biasa," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page