top of page

Puasa bukan sekadar lapar, jauhi fitnah serta kebencian – Dr Mujahid

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read

Umat Islam diingatkan agar menjadikan Ramadan sebagai medan mendidik jiwa dan menahan diri daripada menyebarkan fitnah serta kebencian, bukan sekadar menahan lapar dan dahaga.


Timbalan Presiden Parti Amanah Negara, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) berkata, tiada makna berpuasa sekiranya hati masih dipenuhi kebencian yang mendorong lidah menabur fitnah dan permusuhan.


"Tiada makna berpuasa jika hati hitam mendorong mulut kita menyebar kebencian. Marilah kita berpuasa mulut kita daripada berkata fitnah dan menyemai permusuhan," katanya dalam satu kenyataan sempena Ramadan.


Beliau menegaskan bahawa puasa adalah untuk membentuk insan bertaqwa, dengan taqwa itu disemai di dunia dan hasilnya dituai di akhirat kelak.


"Adab yang mulia dan taqwa akan menjadi pemberat mizan kita kelak," ujarnya.


Menurut beliau, perjalanan menuju ketaqwaan diibaratkan seperti berjalan pada malam yang gelap gelita di atas jalan penuh duri dan perangkap, yang memerlukan setiap langkah diatur dengan penuh berhati-hati.


"Setiap langkah yang berhati-hati mengelak jerangkap itulah jalan taqwa," jelasnya.


Mujahid turut mengingatkan bahawa walaupun syaitan dan iblis dibelenggu sepanjang Ramadan, hawa nafsu tetap menjadi cabaran utama yang perlu dikawal dan dijinakkan.


"Kawal dan jinakkan nafsu menjadi yang tenang dan sentiasalah bermuhasabah dengannya," katanya.


Beliau turut menggariskan empat ciri utama yang perlu dipupuk sepanjang Ramadan, iaitu takut kepada Allah, beramal dengan al-Quran, meredai habuan dunia dan bersiap sedia untuk perjalanan ke alam abadi bertemu Pencipta.


"Selamat melalui Ramadan dengan keimanan dan ketaqwaan," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page