top of page

Masjid, surau parlimen Indera Mahkota, Kuantan terima sumbangan ihya Ramadan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 hours ago
  • 1 min read
Datuk Farhan (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil masjid dan surau
Datuk Farhan (tengah) menyerahkan sumbangan kepada wakil masjid dan surau

Sebanyak 74 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan menerima sumbangan sempena program Ihya Ramadan 1447H/2026M yang berlangsung di Masjid Taman Balok Makmur, pagi tadi.


Program tersebut menghimpunkan wakil jawatankuasa masjid dan surau dalam kedua-dua parlimen berkenaan bagi menyemarakkan sambutan Ramadan serta memperkukuh peranan institusi masjid sebagai pusat ibadah dan komuniti.


Majlis turut diserikan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Uwais Al-Qarni yang menyentuh tentang kemuliaan dan kelebihan bulan Ramadan, selain mengingatkan jemaah agar sentiasa mensyukuri nikmat keamanan yang dikecapi selama ini.


Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi berkata, sumbangan berkenaan diharap dapat membantu melancarkan pelbagai aktiviti dan program sepanjang Ramadan.


"Bagi menyokong peranan masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan, saya telah menyampaikan sumbangan kepada 45 buah masjid dan surau kebenaran Jumaat di Parlimen Indera Mahkota manakala 29 lagi di Parlimen Kuantan. Setiap masjid menerima RM5,000 dan surau menerima RM3,000," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim atas keprihatinan menyalurkan peruntukan tersebut melalui Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri.

Datuk Farhan berfoto bersama 45 wakil masjid dan surau yang menerima sumbangan
Datuk Farhan berfoto bersama 45 wakil masjid dan surau yang menerima sumbangan

"Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri atas keprihatinan beliau menyalurkan peruntukan ini bagi menyantuni keperluan institusi masjid dan surau di kawasan ini," katanya yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Pahang.


Turut hadir ialah Mohammad Khairuddin Abdul Aziz, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan.


Datuk Farhan berharap sumbangan tersebut dapat memperkukuh peranan masjid dan surau sebagai pusat penyatuan ummah serta memastikan program-program Ramadan berjalan lancar demi manfaat masyarakat setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page