Outreach Coffee: Alternatif kopi bermutu tinggi, harga mampu minum
- Suara Keadilan

- Feb 19
- 2 min read

Oleh: Noraini Nordin
Jejak Usahawan Bersama Sekretariat KASEH MADANI: Seminggu sebelum Ramadan penulis bertandang di Outreach Coffee untuk menikmati kopi di kafe yang baharu beroperasi di CyberSouth, Dengkil, Selangor.
Pelbagai jenis minuman berasaskan bijiran kopi, koko serta daun teh tersaji di sini. Minuman berasaskan buah-buahan termasuk strawberry, Berries, mangga juga boleh dijadikan pilihan.
Paling menarik, minuman Espresso, Americano, Cappucino, Latte, Matcha, Chocolate, Caramel Macchiato di Outreach Coffee menawarkan harga jauh lebih rendah berbanding kafe-kafe yang pernah penulis singgahi.
'Kupi-Kupi' menyegarkan minda
Sebagai pencinta tegar minuman berasas kopi penulis bukan sahaja menjadikan ia sebagai minuman harian tetapi aktiviti `kupi-kupi’ kerap mencetuskan ilham untuk berkarya menerusi penulisan.
Di mana-mana sahaja destinasi yang dikunjungi, penulis pasti mencuba minuman kopi di kafe-kafe popular di kawasan tersebut.
Aroma yang dihasilkan daripada biji-biji kopi yang berkualiti tinggi mampu merangsang dan menyegarkan minda.
Jejak usahawan bersama Sekretariat Kaseh MADANI dalam slot kali ini penulis memilih Outreach Coffee yang dikendalikan oleh wanita gigih bernama Atiqah Syairah Shaharuddin sebagai kafe pilihan yang berbaloi untuk dikunjungi.
Lokasi Outreach Coffee amat strategik kerana kafe comel ini berhampiran dengan institut pengajian tinggi, kawasan perumahan termasuk pembinaan kondo mewah baharu di Cybersouth.
'Pot' bertemu teman teman
Kafe yang menampilkan konsep komuniti santai dan sederhana ini mampu menawan pelanggan yang mencari `port bertemu teman-teman’ untuk berdiskusi sambil menikmati minuman pilihan mengikut citarasa masing-masing.
Hiasan dinding kafe bergaya minimal namun masih menyerlahkan nilai seni bagi insan yang memahami serta menghargai karyawan.
Meja makan pula terdiri daripada pelbagai saiz yang selesa, kemas serta bersih.
Lengkap wifi, bahan bacaan
Kafe yang beroperasi di lokasi 52-G- Park Place Jalan PPI Cybersouth, 43800 Selangor ini juga dilengkapi wifi serta bahan-bahan bacaan sesuai dengan hobi pemiliknya yang cintakan ilmu.

Sebagai pencinta tegar minuman berasas kopi di mana-mana sahaja destinasi yang dikunjungi, penulis pasti mencuba minuman kopi di kafe-kafe popular di kawasan tersebut. Aroma yang dihasilkan daripada biji-biji kopi yang berkualiti tinggi mampu merangsang dan menyegarkan minda.
Outreach Coffee juga tidak kurang hebatnya. Kopi di Outreach ada kelainan serta rasa asli bijian kopi dapat dinikmati dengan harga yang 'mampu minum'.
"Melihat kawasan kini membangun sebagai sebuah 'kota baharu' tercetuslah ilham untuk membuka kafe di sini. Harga minuman di kafe ini mesra mahasiswa. Alternatif kopi berkualiti dan harga mampu minum.
"Selain mahasisiwa, kafe ini juga mensasarkan pelanggan yang datang bersama keluarga," ujar `Atiqah Syairah yang ditemui sewaktu prapelancaran Outreach Coffee baru-baru ini.
Menyedari dirinya masih baharu bertatih sebagai usahawan kafe, `Atiqah Syairah yang lebih mesra dengan panggilan `Atikah turut mengundang usahawan-usahawan berpengalaman untuk sesi perkongsian ilmu di majlis prapelancaran tersebut.
Selain itu beliau mahu mendapat maklum balas segera untuk penambahbaikan kafe tersebut demi masa kemajuan bisnesnya.
Mengenai perancangan masa depan bisnes, `Atiqah juga mengalu-alukan jika ada yang berminat untuk menjadikan kafe tersebut untuk lokasi keraian, jamuan atau yang bersesuai dengan program yang mahu dianjurkan.
Operasi bulan Ramadan
Sempena bulan Ramadan Outreach Coffee beroperasi pada pukul 3 petang hingga 10 malam.
"Silalah berbuka di Outreach Coffee. Berhadapan dengan kafe ada bazar Ramadhan yang menjual pelbagai jaudah. Pasti seronok berbuka dengan keluarga serta teman-teman dalam suasana yang santai serta harmonis," ujarnya mesra.




Comments