top of page

Program Marhaban Ramadan eratkan ukhuwah KEADILAN Alor Gajah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 minutes ago
  • 1 min read
Anggota dan pimpinan KEADILAN Alor Gajah dalam program Marhaban Ramadan
Anggota dan pimpinan KEADILAN Alor Gajah dalam program Marhaban Ramadan

Program Marhaban Ramadan telah berlangsung pada 17 Februari lalu di Pejabat Urusan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Cabang Alor Gajah dalam suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan.


Majlis sederhana tetapi penuh makna itu menghimpunkan sahabat-sahabat seperjuangan bagi menyemarakkan kedatangan bulan Ramadan, serta memperkukuh silaturahim dalam kalangan anggota parti.


Timbalan Pengerusi KEADILAN Melaka, Mohd Khuzaire Mohd Kamal berkata, Ramadan yang tiba ini bukan sekadar bulan beribadah tetapi juga medan mempererat hubungan dan memperkukuh tekad perjuangan.


"Alhamdulillah, suasana penuh ukhuwah dan semangat kebersamaan dapat dirasai apabila sahabat-sahabat seperjuangan berkumpul dalam majlis ini.

Mohd Khuzaire Mohd Kamal
Mohd Khuzaire Mohd Kamal

"Ramadan bukan sekadar bulan ibadah, tetapi juga medan untuk kita memperkukuh silaturahim, menyatukan hati dan menyemai nilai keikhlasan dalam perjuangan," katanya dalam muat naik di media sosial.


Di samping itu, beliau berharap Ramadan kali ini membawa keberkatan serta memantapkan langkah dalam melaksanakan amanah kepada rakyat.


"Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada kita semua, menguatkan jiwa, membersihkan niat dan memantapkan langkah dalam setiap amanah yang dipikul," ujarnya.


Khuzaire turut menitipkan doa, agar perjuangan yang berpaksikan keadilan dan kesejahteraan rakyat terus dipermudahkan.


Mengulas perkembangan semasa negeri pula, Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah itu menegaskan pentingnya kematangan dan ketenangan dalam membuat pilihan.


"Dalam suasana negeri yang semakin menghampiri fasa penting, semoga kita terus matang, tenang dan berprinsip dalam membuat pilihan demi masa depan yang lebih stabil, adil dan sejahtera.


"Perjuangan ini bukan tentang individu, tetapi tentang tanggungjawab bersama untuk generasi akan datang," katanya lagi.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page