top of page

Berita


Kerajaan lancar program ganti kenderaan lama, insentif sehingga RM4,000
Kerajaan memperuntukkan RM10 juta bagi membantu kira-kira 5,000 pemilik kenderaan menggantikan kenderaan lama mereka menerusi Program Geran Padanan bagi Penggantian Kenderaan Lama, dengan tumpuan hanya kepada jenama automotif nasional. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook (gambar) , berkata inisiatif di bawah Belanjawan 2026 itu disasarkan kepada pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun bagi menggalakkan peralihan kepada kenderaan baharu yang lebih selamat, cekap dan

Suara Keadilan
Jan 281 min read


SUKMA Selangor 2026 janjikan pendekatan segar, bertenaga
Penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor 2026 bakal tampil dengan pendekatan yang lebih segar dan bertenaga, selari dengan aspirasi negeri untuk menawarkan pengalaman terbaik kepada semua pihak yang terlibat. Exco Sukan Selangor, Najwan Halimi (gambar) berkata, sebagai tuan rumah temasya dwitahunan itu, Selangor tidak sekadar meletakkan sasaran kutipan pingat sebagai keutamaan, sebaliknya berhasrat menjadikan penganjurannya sebagai penanda aras baharu acara sukan pada mas

Suara Keadilan
Jan 281 min read


PM gesa AS-Iran redakan ketegangan demi keamanan global
Oleh: Azuan Ab Rahman Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) dan Iran agar segera meredakan ketegangan yang semakin memuncak antara kedua-dua negara. Menurut beliau, keadaan geopolitik di Timur Tengah sememangnya rapuh dan sebarang peningkatan retorik serta penempatan aset ketenteraan hanya akan mengecilkan ruang rundingan yang amat diperlukan ketika ini. "Sebarang konfrontasi antara Washington dan Tehran akan membawa padah kepada seluruh Timu

Suara Keadilan
Jan 281 min read


PN terperangkap politik kitar semula, tidak sedia pimpin negara - AMK Perak
Oleh: Azuan Ab Rahman Cubaan Perikatan Nasional (PN) mengangkat semula seorang tokoh dipersoalkan kewibawaannya oleh rakan gabungan sendiri membuktikan gabungan itu kini terperangkap dalam politik kitar semula. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak, Ashraf Kahasani berkata, PN pada waktu ini sedang berdepan krisis ketandusan kepimpinan serta kekurangan idea baharu yang segar dan mampu diyakini rakyat. "Individu yang sebelum ini meletakkan jawatan dan pernah didesak supaya

Suara Keadilan
Jan 281 min read


Sekretariat KASEH MADANI sasar lahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya
Aktivis Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin (gambar) hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat KASEH MADANI, sebuah inisiatif berteraskan kebajikan dan pemerkasaan ekonomi yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan serta kejayaan usahawan wanita dalam bidang perniagaan. Penubuhan sekretariat ini bertujuan menyediakan platform sokongan menyeluruh kepada wanita yang terlibat dalam dunia keusahawanan, merangkumi bimbingan strategik, pembangunan kemahiran, perkongsian ilm

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Wanita KEADILAN pacu capai sasaran 30% calon pilihanraya
Wanita KEADILAN dalam retreat baru baru ini melancarkan SukmaWaja dan mahu kuota 30% calon pilihanraya Oleh: Helmi Foad Wanita KEADILAN bertekad memacu komitmen mencapai sasaran 30 peratus pencalonan wanita dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang sebagai sebahagian usaha memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan politik negara. Setiausahanya, Sangetha Jayakumar berkata komitmen itu merupakan antara hasil utama Retreat Wanita KEADILAN 2026 yan

Suara Keadilan
Jan 272 min read


Akaun keldai: PDRM selamatkan RM34 juta wang mangsa penipuan
DS Saifuddin menjelaskan mengenai isu penipuan membabitkan transaksi ke 'akaun keldai' di Dewan Rakyat Oleh: Helmi Foad Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menyelamatkan sebanyak RM34 juta wang mangsa penipuan membabitkan transaksi ke 'akaun keldai' menerusi penguatkuasaan subseksyen baharu Seksyen 424A hingga 424C Kanun Keseksaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau berkata daripada jumlah keseluruhan itu, RM17.5 juta telah disita dan dib

Suara Keadilan
Jan 272 min read


Darjah satu usia enam tahun: Kerajaan persiap guru, peruntukan
Oleh: Akmal Manaf Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Anwar Ibrahim tampil menjelaskan persediaan kerajaan berhubung isu kemasukan murid Darjah Satu berusia enam tahun yang kini menjadi perbualan hangat. Anwar menegaskan, pihak kerajaan telah menyediakan kemudahan termasuk guru-guru bagi mendepani fasa baharu itu. "Kemudahan disediakan, guru disediakan, nak kata sempurna semua.. mungkin tidak.. negara kita tidak boleh ketinggalan, negara lain dah buat. "Ada persiapan daripada pi

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Tidak wujud "tapak ganti" kuil, tanah sudah lama bawah zon RIBI - Exco
Kerajaan negeri Selangor menegaskan dakwaan kononnya wujud “tapak ganti” kuil dan gurdwara yang didakwa menceroboh tanah perkuburan Islam di PJS4, Petaling Jaya adalah tidak tepat dan mengelirukan. Exco Hal Ehwal Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah (gambar) berkata, semakan bersama Pejabat Tanah Petaling dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) mengesahkan tapak yang diperkatakan itu telah lama dizonkan sebagai Rumah Ibadat Bukan Islam (RIBI) dan tid

Suara Keadilan
Jan 272 min read


Pengukuhan ringgit petanda ekonomi pulih, keyakinan pelabur tinggi
Oleh: Akmal Manaf Pengukuhan ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ke paras sekitar 3.97 sekaligus mencatatkan tahap tertinggi sejak Jun 2018, menggambarkan keyakinan masyarakat dunia terhadap Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata, perkembangan positif itu mencerminkan pengiktirafan masyarakat antarabangsa terhadap kestabilan dasar, potensi ekonomi dan keupayaan tadbir urus negara.

Suara Keadilan
Jan 272 min read


Nilai perdagangan tertinggi RM3 trilion hasil lonjakan eksport - PM
DS Anwar menjelaskan mengenai lonjakan eksport bagi 2025 di Dewan Rakyat, pagi tadi Oleh: Akmal Manaf Malaysia mencipta sejarah perdagangan pada tahun lalu apabila merekodkan nilai perdagangan tertinggi pernah dicapai sebanyak RM3.061 trilion, didorong lonjakan eksport RM45.4 bilion ke lebih 240 pasaran dunia, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri (PM) berkata, nilai eksport berjumlah RM45.4 bilion yang direkodkan negara adalah hasil hubungan perdagangan dengan beber

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Dr Maszlee hargai kepimpinan berteraskan kuasa moral mantan Presiden S'pura
Dr Maszlee (kiri) dalam pertemuan penuh makna bersama mantan Presiden Singapura Puan Haimah Yaacob Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik, menyifatkan kepimpinan mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yaacob (14 Sept 2017 - 13 Sept 2023), sebagai contoh kepimpinan berteraskan kuasa moral yang tenang dan berprinsip. Menurut Dr Maszlee, dalam landskap politik global yang semakin lantang dan bersifat populis, pendekatan Halimah yang menekankan kewibawa

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Misi dakwah, promosi perniagaan halal diteruskan ke S'pura - Ust Fakhrulrazi
Ust Fakhrulrazi (dua dari kanan) bersama wakil dari Singapura dan Indonesia di Masjid Sultan, Singapura Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, mengadakan pertemuan bersama pihak pengurusan Masjid Sultan Singapura baru baru ini bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta perancangan lawatan rasmi melibatkan usaha dakwah dan pembangunan industri halal. Beliau berkata, pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada misi yang lebih luas untuk me

Suara Keadilan
Jan 271 min read


KEADILAN Cabang Kuantan perkukuh tubuh lima Ranting baharu di Teruntum
Lima ranting baharu ditubuhkan di DUN Teruntum melalui pelbagai program turun padang yang dianjurkan KEADILAN Cabang Kuantan meneruskan komitmen kebajikan dan pengukuhan organisasi parti di peringkat akar umbi dengan melaksanakan pelbagai kegiatan bersama anggota-anggota Ranting di kawasan DUN Teruntum, Parlimen Kuantan sempena sambutan Tahun Baharu 2026. Hasil inisiatif berterusan Ketua Cabang KEADILAN Kuantan, Fakhrul Anuar Zulkawi, sebanyak lima Ranting baharu berjaya ditu

Suara Keadilan
Jan 272 min read


JENDELA 1: Infrastruktur digital negara siap 99 peratus - MCMC
Pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) mencatat kemajuan ketara apabila 99.1 peratus infrastruktur digital di bawah fasa pertama telah berjaya disiapkan, sekali gus menunjukkan usaha berterusan kerajaan merapatkan jurang digital di seluruh negara semakin membuahkan hasil. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan bahawa setakat 31 Disember 2025, sebanyak 1,646 daripada 1,661 menara komunikasi yang disasarkan telah siap dibina, manakala 1,61

Helmi Mohd Foad
Jan 272 min read


Semua pihak fahami Rancangan Selangor Kedua - Amirudin
DS Amirudin dalam ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Shah Alam Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berharap program jelajah Rancangan Selangor Kedua (RS-2) dapat digerakkan dalam masa terdekat bagi memastikan pemahaman menyeluruh dalam kalangan semua pihak. Beliau berkata, siri jelajah tersebut penting supaya rancangan kerajaan negeri dapat difahami dengan jelas, sekali gus membolehkan kerjasama menyeluruh bagi memastikan pelan pembangunan lima tahun

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Rakyat perlukan penyelesaian, bukan retorik murahan pembangkang - Farahida
Oleh: Azuan Ab Rahman Exco Wanita KEADILAN Pusat, Farahida Fauzi (gambar) mengecam kenyataan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang mempersoalkan pendirian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berhubung isu kemasukan murid ke Tahun Satu pada usia enam tahun. Menurutnya, kenyataan Saifuddin itu bukan sahaja mengelirukan malah mencerminkan satu bentuk politik tidak berprinsip dan hipokrit. "Ia lebih-lebih lagi datang daripada seorang tokoh yang pernah m

Suara Keadilan
Jan 272 min read


Selangor lindungi keluarga rentan, elak terjerumus ketegori miskin tegar
DS Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Shah Alam Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan kira-kira 3,500 keluarga berpendapatan rendah yang dikenal pasti di negeri itu tidak terjerumus ke dalam kategori miskin tegar. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan bagi membolehkan bantuan disalurkan lebih awal kepada golongan berkenaan. "Kita cuba pastikan at

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Akta Pekerja Gig dikuatkuasa sebelum hujung Mac ini
Akta Pekerja Gig 2025 (Akta 872) akan dikuatkuasakan selewat-lewatnya penghujung Mac ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R Ramanan (gambar) . Menurut beliau, semua mekanisme pelaksanaan akta berkenaan termasuk majlis perundingan, tribunal dan pejabat berkaitan kini sedang dalam proses untuk dimuktamadkan dan struktur keanggotaan majlis perundingan pekerja gig akan diumumkan kemudian, dengan keutamaan diberikan kepada platform berskala besar seperti Grab yang membabitk

Suara Keadilan
Jan 271 min read


Pemukiman MPN KEADILAN Perak fokus pemantapan jentera PRU16
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak mengadakan permukiman bagi persiapan jentera pilihanraya Oleh: Azuan Ab Rahman Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak telah menganjurkan Pemukiman Pemantapan Organisasi dan Strategi Pilihan Raya minggu lalu bagi memperkukuh organisasi parti sekaligus merangka persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). MPN Perak menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemukiman tersebut melibatkan pimpinan KEADILAN negeri dan turut disert

Suara Keadilan
Jan 271 min read
bottom of page
