top of page

Sekretariat KASEH MADANI sasar lahirkan lebih ramai usahawan wanita berjaya

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 27
1 min read

Aktivis Wanita KEADILAN, Datin Faizah Ariffin (gambar) hari ini mengumumkan penubuhan Sekretariat KASEH MADANI, sebuah inisiatif berteraskan kebajikan dan pemerkasaan ekonomi yang memberi tumpuan khusus kepada pembangunan serta kejayaan usahawan wanita dalam bidang perniagaan.


Penubuhan sekretariat ini bertujuan menyediakan platform sokongan menyeluruh kepada wanita yang terlibat dalam dunia keusahawanan, merangkumi bimbingan strategik, pembangunan kemahiran, perkongsian ilmu, jaringan perniagaan serta akses kepada peluang ekonomi yang lebih luas.


Menurut Faizah, penubuhan KASEH MADANI adalah langkah penting bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing dan berdaya tahan dalam mendepani cabaran ekonomi semasa.


"KASEH MADANI diwujudkan bagi melahirkan lebih ramai usahawan wanita yang berdaya saing, berdaya tahan dan mampu membina perniagaan yang mampan, selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menekankan kesejahteraan rakyat dan pertumbuhan ekonomi inklusif," katanya dalam muat naik di media sosial.

Antara aktivis Wanita KEADILAN yang turut sama dalam KASEH MADANI
Antara aktivis Wanita KEADILAN yang turut sama dalam KASEH MADANI

Beliau turut menegaskan bahawa kejayaan wanita dalam bidang perniagaan bukan sahaja memberi impak positif kepada ekonomi keluarga, malah berperanan sebagai pemangkin kepada pembangunan masyarakat dan negara secara keseluruhan.


"Apabila wanita berjaya dalam perniagaan, kesannya bukan sekadar kepada individu, tetapi turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi komuniti dan pembangunan negara secara menyeluruh," ujarnya.


Tambah beliau, Jawatankuasa KASEH MADANI dijangka menjadi platform penting dalam membina ekosistem keusahawanan wanita yang progresif, berimpak tinggi dan berpaksikan nilai kebajikan, sejajar dengan agenda pemerkasaan wanita dan pembangunan ekonomi negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page