top of page

Selangor lindungi keluarga rentan, elak terjerumus ketegori miskin tegar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

DS Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Shah Alam
DS Amirudin menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor mengambil pendekatan proaktif bagi memastikan kira-kira 3,500 keluarga berpendapatan rendah yang dikenal pasti di negeri itu tidak terjerumus ke dalam kategori miskin tegar.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pemantauan secara berkala akan dilaksanakan bagi membolehkan bantuan disalurkan lebih awal kepada golongan berkenaan.


"Kita cuba pastikan atau nokhtahkan miskin tegar. Alhamdulillah, saya nak ingatkan tahun lalu kita sudah dapat nokhtahkan miskin tegar


"Tahun 2026, kita bergerak setapak ke depan. Kita laksanakan program BINGKAS Tambahan untuk bantu lebih 3,000 keluarga yang berpotensi jatuh ke miskin tegar akibat hilang kerja, diserang penyakit atau isu kehidupan lain," katanya dipetik.


Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2026 di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Shah Alam pada Isnin.


Sementara itu Amirudin menjelaskan, pelbagai bentuk bantuan dan sokongan berterusan disalurkan kepada rakyat termasuk melalui Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta Lembaga Zakat Selangor (LZS).


Dalam pada itu, kerajaan negeri turut memperuntukkan RM2 juta bagi mempercepatkan proses pendaftaran strata dan pemilikan geran kediaman rakyat demi keselesaan penduduk.


"Sektor pendidikan dan institusi keagamaan juga diperkukuh menerusi peruntukan RM4 juta bagi menaik taraf fasiliti sekolah agama rakyat termasuk penyediaan perabot serta peranti digital.


"Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menerima tambahan peruntukan RM2 juta susulan peningkatan jumlah pengunjung yang melebihi 100,000 orang sepanjang tahun lalu, manakala RM1 juta lagi diperuntukkan bagi pelaksanaan kelas bahasa ketiga dan literasi kewangan di sekolah bermula tahun ini," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page