top of page

Dr Maszlee hargai kepimpinan berteraskan kuasa moral mantan Presiden S'pura

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Dr Maszlee (kiri) dalam pertemuan penuh makna bersama mantan Presiden Singapura Puan Haimah Yaacob
Dr Maszlee (kiri) dalam pertemuan penuh makna bersama mantan Presiden Singapura Puan Haimah Yaacob

Pengerusi Biro Hal Ehwal Antarabangsa KEADILAN, Dr Maszlee Malik, menyifatkan kepimpinan mantan Presiden Singapura, Puan Halimah Yaacob (14 Sept 2017 - 13 Sept 2023), sebagai contoh kepimpinan berteraskan kuasa moral yang tenang dan berprinsip.


Menurut Dr Maszlee, dalam landskap politik global yang semakin lantang dan bersifat populis, pendekatan Halimah yang menekankan kewibawaan moral, disiplin dan penjagaan institusi wajar dihargai serta dijadikan teladan.


"Dalam zaman politik yang lantang, Puan Halimah Yaacob memilih sesuatu yang lebih jarang, iaitu kuasa moral yang tenang," katanya dalam muat naik di media sosial selepas pertemuan yang berlangsung semalam.


Beliau turut menzahirkan penghargaan terhadap latar belakang Presiden Singapura itu yang bangkit daripada permulaan hidup yang sederhana, sebelum membawa pengalaman tersebut ke dalam perkhidmatan awam dengan penuh martabat.


"... (beliau) berpijak pada realiti keluarga yang bekerja dan membawa pengalaman hidup itu ke pejabat awam dengan bermaruah serta berdisiplin," ujarnya.


Dr Maszlee menjelaskan sepanjang tempoh perkhidmatan sebagai Presiden, Puan Halimah tidak mentadbir melalui populariti atau kerap muncul di lapangan sebaliknya menumpukan kepada pengukuhan institusi serta memperjuangkan keadilan sosial.


"Sebagai Presiden, beliau tidak mentadbir melalui penonjolan awam, tetapi melalui penjagaan yang mantap, dengan melindungi institusi, menegakkan kepercayaan perlembagaan serta memusatkan keadilan sosial, pemerkasaan wanita dan golongan minoriti," katanya.


Walaupun kepimpinannya sering dianggap tidak menonjol, Dr Maszlee menegaskan bahawa legasi Halimah membuktikan kepimpinan sebenar tidak semestinya lantang.


"Pemimpin yang paling penting selalunya ialah mereka yang bercakap lembut, bertindak tegas dan meninggalkan institusi yang lebih kuat daripada sebelumnya," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page