top of page

PN terperangkap politik kitar semula, tidak sedia pimpin negara - AMK Perak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 28
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Cubaan Perikatan Nasional (PN) mengangkat semula seorang tokoh dipersoalkan kewibawaannya oleh rakan gabungan sendiri membuktikan gabungan itu kini terperangkap dalam politik kitar semula.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak, Ashraf Kahasani berkata, PN pada waktu ini sedang berdepan krisis ketandusan kepimpinan serta kekurangan idea baharu yang segar dan mampu diyakini rakyat.


"Individu yang sebelum ini meletakkan jawatan dan pernah didesak supaya berundur oleh pimpinan gabungan sendiri, kini cuba dijadikan simbol kestabilan politik PN.

Ashraf Kahasani
Ashraf Kahasani

"Situasi ini menimbulkan persoalan besar terhadap keupayaan PN. Realitinya, PN masih belum bersedia untuk membina masa depan," katanya dalam satu kenyataan.


Walaupun tidak menamakan individu berkenaan, kenyataan itu dipercayai merujuk kepada isu pencalonan bagi mengisi jawatan Pengerusi Perikatan Nasional.


Semalam, media melaporkan terdapat kecenderungan dalam kalangan Parti Gerakan dan Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) supaya Muhyiddin Yasin dilantik semula sebagai Pengerusi PN, meskipun beliau telah meletakkan jawatan berkuat kuasa 1 Januari lalu.


Sementara itu, Ashraf menegaskan bahawa Malaysia memerlukan kepimpinan yang berprinsip, segar dan berpaksikan kepentingan rakyat.


Namun, ruang untuk menawarkan kepimpinan sedemikian gagal dimanfaatkan PN kerana terus bergelut dengan isu dalaman serta perebutan jawatan sesama sendiri.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page