top of page

Misi dakwah, promosi perniagaan halal diteruskan ke S'pura - Ust Fakhrulrazi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ust Fakhrulrazi (dua dari kanan) bersama wakil dari Singapura dan Indonesia di Masjid Sultan, Singapura
Ust Fakhrulrazi (dua dari kanan) bersama wakil dari Singapura dan Indonesia di Masjid Sultan, Singapura

Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, mengadakan pertemuan bersama pihak pengurusan Masjid Sultan Singapura baru baru ini bagi membincangkan potensi kerjasama strategik serta perancangan lawatan rasmi melibatkan usaha dakwah dan pembangunan industri halal.


Beliau berkata, pertemuan tersebut merupakan sebahagian daripada misi yang lebih luas untuk memperkukuh kerjasama rentas negara dalam mempromosikan ekonomi halal serta agenda dakwah Islamiah di peringkat antarabangsa.


"Pagi ini (kelmarin) saya bersama pihak pengurusan Masjid Sultan Singapura bagi membincangkan kerjasama dan lawatan rasmi, khususnya berkaitan misi dakwah dan promosi perniagaan halal," katanya dalam muat naik di media sosial.


Sepanjang keberadaan beliau di Singapura, Ustaz Fakhrulrazi turut bersama Ustaz Zuhaili, Presiden International Islamic Youth League Asia (IIYLA), dalam misi dakwah serta usaha mempromosikan perniagaan halal. Turut serta dalam perbincangan tersebut ialah wakil badan dakwah dari Indonesia, Dr Arief Rahman, yang berkongsi pandangan berkaitan pengembangan dakwah serantau.


Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Fakhrulrazi memaklumkan minggu lalu dirinya telah dilantik secara rasmi oleh sebuah Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dari China sebagai penasihat dan wakil bagi urusan industri halal, termasuk misi kerjasama strategik bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).


Menurut beliau, tujuan penglibatan tersebut adalah memastikan pembangunan industri halal dilaksanakan secara berintegriti dan berteraskan nilai Islam.


"Fokus saya untuk memastikan industri halal ini di terima dan sebagai tanggungjawab sebagai muslim," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page