top of page

Pemukiman MPN KEADILAN Perak fokus pemantapan jentera PRU16

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 27
  • 1 min read

Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak mengadakan permukiman bagi persiapan jentera pilihanraya
Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Perak mengadakan permukiman bagi persiapan jentera pilihanraya

Oleh: Azuan Ab Rahman


Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Perak telah menganjurkan Pemukiman Pemantapan Organisasi dan Strategi Pilihan Raya minggu lalu bagi memperkukuh organisasi parti sekaligus merangka persiapan awal menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).


MPN Perak menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemukiman tersebut melibatkan pimpinan KEADILAN negeri dan turut disertai pimpinan Wanita KEADILAN serta Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Perak.


"Pemukiman bertujuan memperkukuh perpaduan dalaman organisasi, selain memperkasa kesiapsiagaan jentera pilihanraya dalam mendepani cabaran politik semasa.


"Sehubungan itu, KEADILAN Perak akan mengarahkan semua Cabang mengaktifkan jentera masing-masing sebelum Oktober 2026, khususnya di kerusi-kerusi berpotensi, bagi menilai kekuatan organisasi, keupayaan mobilisasi serta keberkesanan komunikasi di peringkat akar umbi," katanya menerusi kenyataan.


Dalam kenyataan sama, KEADILAN Perak turut menegaskan komitmen untuk mempertahankan kuota minimum 30 peratus penglibatan wanita dan anak muda sebagai teras pembinaan kepimpinan yang progresif dan inklusif.


Selain itu, pihaknya akan terus memperkukuh komitmen politik khidmat rakyat sebagai strategi mempertahankan kerusi sedia ada sekaligus memantapkan pengaruh di kawasan yang masih belum dimenangi.


"Usaha penerangan dan komunikasi di peringkat cabang juga akan dipergiat bagi memastikan dasar dan agenda Kerajaan MADANI dapat disampaikan dengan jelas serta berkesan kepada rakyat.


"KEADILAN Perak yakin, dengan perpaduan dalaman yang kukuh dan persiapan awal yang terancang, parti berada pada landasan tepat untuk memperkukuh kedudukan serta menghadapi PRU16 dengan lebih yakin," tambah kenyataan tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page