top of page

Berita


PRN Melaka: Cabang Hang Tuah Jaya mahu calon tempatan aktif berkhidmat
Mesyuarat Agung Tahunan Parti KEADILAN Rakyat Cabang Hang Tuah Jaya 2026 memutuskan bahawa pemilihan calon bagi mana-mana Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya, mestilah terdiri daripada calon tempatan yang aktif berkhidmat dan memahami denyut nadi rakyat setempat. Ketetapan itu merupakan antara perkara utama yang dibangkitkan dan dipersetujui dalam sesi perbahasan usul, yang turut menjadi medan penting dalam merangka strategi serta memperkukuh kesiapsi

Akmal Manaf
Mar 172 min read


Diskaun tol 50% sempena Aidilfitri, kurang kos sambut lebaran
Kerajaan mengumumkan beberapa langkah untuk meringankan beban rakyat dalam menyambut Aidilfitri Kerajaan hari ini mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus sempena Hari Raya Aidilfitri sebagai antara langkah dalam membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Jemaah Menteri dengan mengambil kira keperluan rakyat yang bakal pulang ke kampung halaman menjelang lebaran. "Mesy

Helmi Mohd Foad
Mar 172 min read


Dana Sejati Madani: SPRM perlu siasat segera pensakau
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi (gambar) menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh terhadap dakwaan ketirisan dana program Sejahtera Komuniti Madani (Sejati Madani) seperti dilaporkan media. Beliau berkata, jika wujud pihak yang mengambil kesempatan sebagai orang tengah untuk mengaut hampir keseluruhan dana projek, mereka adalah pensakau dan pengkhianat yang merompak hak rakyat.

Akmal Manaf
Mar 172 min read


Konflik Asia Barat: Dunia tidak boleh membisu soal kezaliman, ketidakadilan - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Forum Ilmuwan Madani bersama Prof Jeffrey D. Sachs di Putrajaya pada 16 Mac 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim Malaysia tidak boleh berdiam diri terhadap ketidakadilan dan kezaliman yang berlaku dalam konflik geopolitik global khususnya perang yang melanda Asia Barat ketika ini, demikian tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata konflik yang tercetus akibat tindakan Israel dengan sokongan Amerika Syarikat bukan lagi sekadar i

Helmi Mohd Foad
Mar 172 min read


Propaganda asing gugat kestabilan negara, jangan terpedaya naratif fitnah
Rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan propaganda asing yang cuba menggambarkan negara ini sebagai tidak stabil dan sarat dengan rasuah, terutama melalui naratif tertentu yang disebarkan oleh media antarabangsa seperti Bloomberg. Ahli Majlis Pimpinan Wanita KEADILAN Johor, Dr Tamil Selvi Rajoo berkata, kebelakangan ini wujud usaha sistematik untuk membentuk persepsi negatif terhadap Malaysia, termasuk dengan memainkan isu melibatkan Ketua Pesuruhjaya

Hasbul Ahmad
Mar 173 min read


Subsidi diesel: Kerajaan ambil langkah terbaik elak kenaikan harga
Cabang KEADILAN Kota Melaka menegaskan langkah kerajaan mengurus subsidi diesel secara bersasar adalah pendekatan yang bertanggungjawab dalam memastikan kebajikan rakyat terus terpelihara tanpa menjejaskan kestabilan ekonomi negara. Ketuanya, Yusof Ahmad berkata, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah beberapa kali memaklumkan kepada rakyat mengenai usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam menangani pelbagai cabaran semasa termasuk isu bekalan minyak, pengurusan su

Akmal Manaf
Mar 172 min read


Fahmi ziarah Tokoh Wartawan Negara Adibah Amin
Datuk Fahmi menziarahi Tokoh Wartawan Negara, Adibah Amin di kediamannya di Shah Alam Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyantuni Tokoh Wartawan Negara, Adibah Amin di kediamannya di Shah Alam pada Isnin. Dalam kunjungan tersebut, beliau turut menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA serta sumbangan daripada Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) bagi pihak Perdana Menteri, Anwar Ibrahim sebagai tanda penghargaan kepada Adibah yang kini berus

Suara Keadilan
Mar 171 min read


Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan Ramadan KIR Bandar Tun Razak
DS Dr Wan Azizah mengagih sumbangan kepada KIR sambil diperhatikan Datuk Azman Abidin Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin menyampaikan sumbangan kepada 150 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, program itu digerakan menerusi kerjasama strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Bank Muamalat Mala

Suara Keadilan
Mar 171 min read


Sesi sekolah berjalan seperti biasa, tidak laksana PdPR buat masa ini
Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa buat masa ini. Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara. "KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular

Azuan Ab Rahman
Mar 171 min read


Saifuddin peroleh penghakiman ingkar dalam kes saman fitnah
Mahkamah Tinggi Alor Setar membenarkan permohonan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) untuk memasukkan penghakiman ingkar terhadap seorang aktivis media sosial pro Perikatan Nasional (PN) dalam kes saman fitnah yang difailkan beliau. Peguamnya, Datuk SN Nair berkata, keputusan itu oleh Hakim John Lee Kien How @ Mohammad Johan Lee pada 8 Disember 2025 selepas mahkamah membenarkan permohonan plaintif bersama afidavit sokongan bertarikh 14 November 2025. "Kami mengesa

Suara Keadilan
Mar 171 min read


SekPur lapor polis pemilik akaun media sosial hina PDRM
Shahbudin (kanan) bersama Mejar (B) Razali membuat laporan polis di Balai Polis Chow Kit, Kuala Lumpur Satu laporan polis dibuat bagi menggesa siasatan terhadap sebuah hantaran di media sosial yang didakwa menghina Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta institusi kerajaan. Ketua Biro Politik Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SekPur), Shahbudin Embun berkata, beliau membuat laporan selepas menemui satu video di Facebook yang didakwa mengandungi kenyataan menghina pasu

Redzuan Shamsudin
Mar 161 min read


AS umpama 'harimau kertas', gagal urus konflik Timur Tengah
Amerika Syarikat (AS) semakin dilihat sebagai “harimau kertas” apabila gagal mengurus konflik di Timur Tengah hingga menimbulkan persoalan terhadap keupayaannya sebagai kuasa global. Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah berkata tindakan AS melancarkan perang terhadap Iran tanpa mempedulikan bantahan sekutunya di Teluk Arab menunjukkan pendekatan unilateral Washington yang lebih mementingkan kepentingan geopolitik sendiri serta Israel. "Bukan sa

Helmi Mohd Foad
Mar 162 min read


Cadangan PRN Johor, Melaka serentak PRU untuk kestabilan politik — AMK
Cadangan agar Pilihan Raya Negeri (PRN) di Johor dan Melaka diadakan serentak bersama Pilihan Raya Umum (PRU) ke 16 akan datang dilihat mampu membantu mengekalkan kestabilan politik negara ketika dunia berdepan ketidaktentuan geopolitik dan ekonomi. Exco Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Jalex Lee berkata beliau menyambut baik cadangan yang dikemukakan oleh AMK Johor itu kerana ia bukan sekadar menjimatkan kos, malah lebih penting bagi mengelakkan negara daripada berdepan p

Redzuan Shamsudin
Mar 161 min read


Perjanjian tarif AS-Malaysia batal, naratif 'jual negara' tidak relevan
Pengesahan kerajaan bahawa perjanjian perdagangan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) terbatal menepis dakwaan kononnya Kerajaan Madani “menjual negara” kepada kuasa asing sebagaimana dimainkan pembangkang sejak tahun lalu. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young berkata keputusan tersebut membuktikan kerajaan menilai setiap rundingan perdagangan secara teliti dan berasaskan kepentingan nasional dan bukannya tunduk kepada tekanan mana-mana pihak. "Keputu

Helmi Mohd Foad
Mar 162 min read


Pindaan Akta Sewa Beli 2026 kukuhkan perlindungan pengguna - MPPN
Pelaksanaan Akta Sewa Beli (Pindaan) 2026 disifatkan sebagai reformasi penting dalam memperkukuh perlindungan pengguna, khususnya melibatkan sektor kredit pengguna di Malaysia. Pengerusi Majlis Penasihat Pengguna Negara (MPPN), Mohd Khair Ngadiron berpandangan, pindaan itu merupakan reformasi signifikan yang akan memberikan manfaat kepada pengguna melalui pemansuhan penggunaan kadar faedah tetap sama rata (flat rate) dan Peraturan 78 (Rule of 78) serta penggantian kepada Kada

Akmal Manaf
Mar 162 min read


PRN Johor, Melaka - PRU 16 serentak, negara jimat kos RM142 juta
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Melaka dan Pilihan Raya Umum (PRU) di peringkat Persekutuan dicadangkan agar diadakan secara serentak pada hujung tahun ini bagi menjimatkan perbelanjaan. Ketua Angkatan Muda KEADILAN Johor, Faezuddin Puad berkata, adalah tidak wajar negara terus menanggung beban Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan yang memakan belanja besar sedangkan ianya boleh disusun dengan lebih cekap, apatah lagi dalam keadaan rakyat masih berdepan dengan tekanan

Akmal Manaf
Mar 162 min read


Perjanjian tarif M'sia–AS batal selepas keputusan Mahkamah Agung AS
Perjanjian perdagangan timbal balik (ART) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) disahkan tidak lagi berkuat kuasa susulan keputusan mahkamah tertinggi negara itu yang membatalkan tarif yang diperkenalkan oleh Presiden Donald Trump. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, keputusan Mahkamah Agung AS menyebabkan asas kepada perjanjian tersebut terbatal, sekali gus menjadikannya tidak lagi terpakai. Menurut beliau, keputusan mahkam

Suara Keadilan
Mar 162 min read


Janji reformasi: Kerajaan MADANI tidak gagal tunai agenda reformasi - AMK Mas Gading
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Mas Gading, Johor menegaskan Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah menyimpang daripada agenda reformasi yang diperjuangkan sejak sekian lama. Sebaliknya, menurut Timbalan Ketua Penerangan AMK Cabang Mas Gading, Anas Darwish, walaupun sedang mewarisi pelbagai kerosakan struktur dalam pentadbiran dan ekonomi negara, Kerajaan MADANI terus komited memperkukuh institusi, membanteras rasua

Akmal Manaf
Mar 162 min read


Kepimpinan PM Anwar lonjak semula nama Malaysia - Hajiji
DS Hajiji (kiri) menyaksikan PM Anwar menandatangani buku lawatan di Pejabat Ketua Menteri, semalam Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya melonjakkan semula nama Malaysia di persada antarabangsa serta memacu pertumbuhan ekonomi negara. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata sejak menerajui kepimpinan negara, Perdana Menteri telah memperkukuh hubungan dengan pemimpin dunia sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur terhadap Malaysia. "Sejak men

Suara Keadilan
Mar 162 min read


KPM teliti kaedah pelaksanaan PdPR, pastikan sesi pembelajar tidak terjejas
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan meneliti secara menyeluruh cadangan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) sekiranya kerajaan menguatkuasakan cadangan bekerja dari rumah (BDR) kepada penjawat awam. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (gambar) berkata, kementerian itu komited memastikan sebarang keputusan diambil tidak menjejaskan proses pembelajaran agar sesi pendidikan dapat diteruskan dengan lancar. "Bagi pihak KPM, kita akan buat keputu

Suara Keadilan
Mar 161 min read
bottom of page
