top of page

Dr Wan Azizah sampaikan sumbangan Ramadan KIR Bandar Tun Razak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
DS Dr Wan Azizah mengagih sumbangan kepada KIR sambil diperhatikan Datuk Azman Abidin
DS Dr Wan Azizah mengagih sumbangan kepada KIR sambil diperhatikan Datuk Azman Abidin

Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada Isnin menyampaikan sumbangan kepada 150 Ketua Isi Rumah (KIR) pada Program Sejahtera MADANI: Kebajikan-Sumbangan Kasih Ihsan Ramadan.


Beliau yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak berkata, program itu digerakan menerusi kerjasama strategik Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) dan Bank Muamalat Malaysia Bhd yang menjadi penyumbang utama dalam inisiatif kebajikan tahun ini.


Sebanyak RM500 disampaikan kepada KIR yang berdaftar dalam sistem eKasih di sekitar kawasan Parlimen itu bagi membantu mereka membuat persiapan menyambut Aidilfitri.


"Turut disampaikan kepada 200 penerima dalam kalangan golongan memerlukan di Bandar Tun Razak melalui inisiatif Ziarah Ramadan MADANI.


"Komitmen kita supaya bantuan dapat disampaikan terus kepada rakyat yang memerlukan dan kita mahu tiada yang tertinggal," katanya dipetik laporan media.


Program tersebut dilaksanakan sejak 2019 dan adalah langkah memperkukuh tanggungjawab sosial korporat serta kerjasama agensi kerajaan dan swasta bagi memperluas jaringan bantuan kepada yang memerlukan.


Pada acara itu, Dr Wan Azizah turut menyerahkan Projek Membina Bumbung Gelanggang Sepak Takraw KRT Taman Mewah bernilai RM400,000 di bawah Program Mesra Rakyat bagi menyediakan kemudahan lebih selesa dan kondusif untuk kegunaan komuniti setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page