top of page

Sesi sekolah berjalan seperti biasa, tidak laksana PdPR buat masa ini

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 17
  • 1 min read

Tiada sebarang ketetapan dibuat berkaitan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa buat masa ini.


Pengarah Pendidikan Mohd Azam Ahmad berkata, keutamaan Kementerian Pendidikan (KPM) adalah untuk memastikan pembelajaran anak-anak tidak terjejas, pada masa sama aspek kebajikan dan kesejahteraan semua pihak terpelihara.


"KPM prihatin terhadap semua kegusaran yang dibangkitkan masyarakat berhubung berita yang tular mengenai kemungkinan pelaksanaan PdPR," katanya dalam kenyataan.


Sementara itu, Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam laporan berasingan menegaskan KPM tidak akan terburu-buru untuk sekali lagi melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk pelajar seluruh negara.


Kementerian itu jelasnya sudah belajar kesan akibat PdPR yang berlangsung sewaktu pandemik COVID-19 yang menyebabkan keciciran dalam pembelajaran pelajar.

"Jadi kita tidak boleh mengambil mudah dalam melaksanakan dasar ini dan melakukan secara tergopoh-gapah seterusnya menimbulkan kegusaran masyarakat," katanya sewaktu libat urus bersama media dan sesi pembentangan Program Tekad Reformasi Pendidikan (TEKAD), di Kuala Lumpur semalam.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page