top of page

Berita


Majlis bertindak ekonomi: Dr Samsuri wajib utamakan kepentingan negara — Amidi
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar disaran mengubah pendekatan dan sikap dalam menangani isu ekonomi demi kesejahteraan negara. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, berkata cadangan Dr Samsuri mahu menubuhkan majlis bertindak ekonomi yang bersifat bukan partisan bagi menangani krisis ekonomi global perlu disertai dengan tindakan yang selari dengan prinsip tersebut. "Cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis b

Suara Keadilan
Mar 232 min read


Bersatu Johor hilang tarikan berdepan krisis kepimpinan berterusan?
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin kehilangan pengaruh di Johor dan tidak lagi menarik minat orang Melayu apabila parti itu didakwa lebih tertumpu kepada perebutan kedudukan politik berbanding menggerakkan program bersama rakyat. Ketua KEADILAN Cabang Pontian, Haniff Hosman berkata, keadaan tersebut jelas apabila aktiviti parti berkenaan di Johor semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, menunjukkan seolah-olah Bersatu semakin tenggelam apabila program

Hasbul Ahmad
Mar 232 min read


PETRA rancang pelan tindakan hadapi risiko kemarau
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) sedang memantau dan merancang pelan tindakan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan musim kemarau. Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu susulan peralihan Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya yang dijangka berlaku sehingga Mei, membawa cuaca lebih panas dan kering sekaligus meningkatkan risiko kemarau. "PETRA bersama-sama syarikat-syarikat perkhidmatan air di setiap negeri sedang memantau kea

Suara Keadilan
Mar 231 min read


Hari Seniman: Kerajaan pastikan industri kreatif terus mampan
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) menzahirkan penghargaan tertinggi kepada seluruh seniman dan penggiat industri kreatif tanah air. Menerusi satu kenyataan bersempena sambutan Hari Seniman Negara pada Ahad, beliau menegaskan komited memperkasa industri kreatif melalui empat dasar utama iaitu Dasar Industri Kreatif Negara (DIKN), Dasar Filem Negara, Dasar Penyiaran Negara, dan Dasar Muzik Negara. "Penghargaan kepada semua seniman dan penggiat industri kreatif yan

Azuan Ab Rahman
Mar 231 min read


Kerajaan teliti cadangan pembaikan semula Pusat Latihan TLSM Sungai Buloh
DS Dzulkifly (kiri, bersongkok) bersama kakitangan Hospital Sungai Buloh di Aidilfitri Kerajaan MADANI sedang meneliti cadangan pembaikan Pusat Latihan Integrasi Klinikal dan Trauma Life Support Malaysia (TLSM) Kebangsaan di Bukit Ilmu, Hospital Sungai Buloh, Selangor. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan pembaikan pusat berusia lebih 100 tahun itu dengan anggaran RM485,000 merupakan pelaburan modal insan yang kritikal bagi memastikan petugas kesi

Azuan Ab Rahman
Mar 231 min read


Sarawak teliti pendekatan lebih berkesan kawal jangkitan rabies
Kerajaan Negeri Sarawak sedang meneliti pendekatan berkesan dalam usahanya mempertingkat usaha mengawal rabies, khususnya kes jangkitan melibatkan kucing. Susulan itu, perbincangan mengenainya telah diadakan dengan Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak bagi merangka pelan tindakan bersepadu, menurut Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian. "Rabies terus menjadi ancaman yang serius di Sarawak dengan kira-kira separuh daripada

Suara Keadilan
Mar 231 min read


Rekonsiliasi dalaman, 'Rumah Bangsa' pacu kebangkitan UMNO menjelang PRU16?
Usaha memperkukuh perpaduan dalaman dan idea 'Rumah Bangsa' dilihat sebagai kunci utama kebangkitan semula UMNO menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata penganalisis politik, Shahbudin Embun . Beliau berpandangan parti itu kini berada pada landasan pemulihan yang semakin stabil di bawah kepimpinan Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, selepas melalui tempoh mencabar beberapa tahun kebelakangan ini. "UMNO hari ini berada dalam situasi yang semakin selesa. Jika

Suara Keadilan
Mar 222 min read


Serangan jarak jauh Iran ke Diego Garcia ubah landskap konflik Timur Tengah
Percubaan serangan peluru berpandu balistik atau jarak jauh oleh Iran ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia, Lautan Hindi dilihat sebagai perkembangan signifikan yang berpotensi mengubah keseimbangan keselamatan di peringkat global. Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz, berkata tindakan itu membuktikan keupayaan baharu Iran dalam melancarkan serangan melebihi jarak 2,000 kilometer sebagaimana diakui program peluru berpandu republik berkenaan terhad dalam ja

Redzuan Shamsudin
Mar 222 min read


Lobi burukkan Malaysia demi dendam politik tidak boleh diterima
Negara tidak boleh berkompromi dengan sebarang bentuk pengkhianatan termasuk usaha melobi dan memburuk-burukkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa hanya kerana sesetengah pihak mahu melampiaskan dendam peribadi atau kepentingan politik sempit. Setiausaha Kerja KEADILAN Johor, Muhd Ezaddin Abdul Rahman (gambar) berkata tindakan sedemikian bukan sahaja merosakkan reputasi negara di mata dunia, malah boleh menggugat kestabilan sosial serta keyakinan pelabur terhadap Malaysi

Hasbul Ahmad
Mar 222 min read


Peranan diplomasi Malaysia penting dalam ketidaktentuan global
Peranan berterusan Malaysia yang berkecuali penting dalam ketegangan konflik. Foto ihsan Bernama Pakar geostrategi antarabangsa, menyatakan keyakinan peranan berterusan Malaysia diyakini dapat memastikan kestabilan ekonomi serantau. Prof. Madya Dr Azmi Hassan berkata, meskipun ketegangan konflik di Asia Barat belum menampakkan tanda-tanda akan mereda, Malaysia masih mampu memainkan peranan penting dalam diplomasi antarabangsa bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara

Suara Keadilan
Mar 221 min read


IKSA kakitangan Persekutuan di Selangor disalurkan menerusi gaji April
IKSA kepada kakitangan di bawah Kerajaan Negeri telah pun diberi sebelum 1 Syawal Pembayaran Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) kepada pegawai persekutuan di negeri itu dijangka dibuat melalui gaji April 2026. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan penyaluran peruntukan bagi tujuan tersebut telah dibuat kepada kementerian masing-masing pada 16 Mac lalu. "Urusan pembayaran kepada pegawai adalah tertakluk di bawah bidang k

Suara Keadilan
Mar 221 min read


Kerajaan perkukuh komitmen terhadap pengurusan hutan secara lestari
Kerajaan MADANI terus memperkukuh komitmen terhadap pengurusan hutan lestari apabila menetapkan Catuan Tebangan Tahunan (CTT) dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) sebanyak 890,000 hektar bagi tempoh Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13), berbanding 1,165,300 hektar dalam RMK12. Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata pengurangan itu langkah strategik bagi mengimbangi keperluan ekonomi dan pemeliharaan hutan, di samping memperkukuh amalan

Azuan Ab Rahman
Mar 221 min read


Keterjaminan makanan terus jadi keutamaan kerajaan - Mohammad Sabu
Keterjaminan makanan negara kekal menjadi keutamaan berterusan kerajaan demi memastikan rakyat tidak terjejas. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun permintaan bekalan makanan meningkat mendadak ketika musim perayaan terutama Aidilfitri, namun bekalan terkawan dan mencukupi sepanjang sambutan perayaan ini. Aidilfitri sinonim dengan perhimpunan keluarga dan hidangan istimewa, aspek keselamatan dan kestabilan bekalan makana

Azuan Ab Rahman
Mar 221 min read


MOTAC tangani impak kenaikan diesel terhadap sektor pelancongan
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) telah diarahkan untuk memulakan segera sesi perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk merangka langkah bersasar menangani kesan kenaikan harga diesel. Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, perbincangan bertujuan menilai situasi semasa serta mempertimbangkan sokongan sementara bagi meredakan tekanan jangka pendek, termasuk faktor luaran seperti perkembangan di Asia Barat. Tambahnya, langkah tersebut susulan maklum

Azuan Ab Rahman
Mar 221 min read


Kekal komitmen perpaduan dalam kepelbagaian di Aidilfitri
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan komitmennya sebagai parti berbilang kaum, agama dan budaya yang berteraskan prinsip keadilan untuk semua, khususnya dalam memperkukuh perpaduan nasional. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) , berkata kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Malaysia harus diraikan sebagai kekuatan utama dalam perjuangan parti. "KEADILAN ialah parti berbilang kaum, agama dan budaya berteraskan prinsip keadilan untuk semua. Kita meraikan kep

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Sokong titah Sultan Selangor, rakyat perkukuh perpaduan - Dr Zulkifli
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyatakan sokongan penuh terhadap titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengajak umat Islam mensyukuri nikmat Aidilfitri serta memperkukuh ukhuwah dan perpaduan dalam masyarakat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) , berkata pihaknya menjunjung kasih atas titah tersebut yang disifatkan sebagai panduan penting dalam memperkukuh keharmonian negara. "Jabatan Perdana Menter

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Pelabur Iran disaran pindah ke Malaysia, fokus sektor halal
Warga Iran khususnya pelabur yang berdepan tekanan dan pengusiran di rantau Timur Tengah disaran mempertimbangkan Malaysia sebagai destinasi baharu bagi memindahkan pelaburan mereka. Ahli Lembaga Penasihat Wisdom Syariah, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) , berkata cadangan itu dibuat atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan dalam membantu golongan yang terkesan. "Atas dasar persaudaraan dan kemanusiaan, saya mencadangkan warga Iran yang diusir dari Timur Tengah, terutam

Redzuan Shamsudin
Mar 211 min read


Kukuh perpaduan, erat silatulrahim di Aidilfitri — Fahmi Fadzil
Sambutan Hari Raya Aidilfitri disifatkan sebagai simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas penting kepada perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini. Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) , berkata nilai-nilai yang dibawa oleh Aidilfitri perlu terus diperkasakan dalam menghadapi cabaran dunia moden yang semakin dipacu teknologi. "Aidilfitri adalah simbol keinsafan dan keutuhan silaturahim yang menjadi asas perpaduan dalam masyarakat kita," kat

Suara Keadilan
Mar 211 min read


KBS teliti pendekatan baharu sasar kutipan pingat di Sukan SEA 2027
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sedang meneliti pendekatan baharu bagi menetapkan sasaran pingat kontinjen negara ke Sukan SEA 2027. Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, cadangan menetapkan sasaran pingat emas secara spesifik berbanding jumlah keseluruhan pingat disasarkan seperti yang diguna pakai sebelum ini perlu kajian rapi agar tidak menjejaskan moral serta semangat atlet. Tambahnya, status Malaysia sebagai tuan rumah edisi ke-34 menuntut sasaran le

Suara Keadilan
Mar 211 min read


Kenyataan Hamzah tersasar tersasar dari fakta ekonomi semasa
Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Sivamalar Genapathy (gambar) membidas kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin berhubung isu subsidi diesel. Menerusi satu kenyataan beliau berkata, kenyataan Hamzah tidak mencerminkan keseluruhan fakta ekonomi semasa dan berpotensi mengelirukan rakyat, khususnya ketika kerajaan melaksanakan penstrukturan semula subsidi bahan api. Tegasnya, kenyataan tersebut juga mengulangi naratif lama yang bersifat

Azuan Ab Rahman
Mar 212 min read
bottom of page
