top of page

Peranan diplomasi Malaysia penting dalam ketidaktentuan global

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Peranan berterusan Malaysia yang berkecuali penting dalam ketegangan konflik. Foto ihsan Bernama
Peranan berterusan Malaysia yang berkecuali penting dalam ketegangan konflik. Foto ihsan Bernama

Pakar geostrategi antarabangsa, menyatakan keyakinan peranan berterusan Malaysia diyakini dapat memastikan kestabilan ekonomi serantau.


Prof. Madya Dr Azmi Hassan berkata, meskipun ketegangan konflik di Asia Barat belum menampakkan tanda-tanda akan mereda, Malaysia masih mampu memainkan peranan penting dalam diplomasi antarabangsa bagi memastikan hubungan perdagangan dengan negara-negara dagang terus diperhebat.


"ASEAN, Malaysia bersama dengan China untuk terus berdagang seperti biasa tetapi bila keadaan (konflik) pulih seperti sedia kala, kita (Malaysia) akan berdagang dengan lebih banyak.


"Harapan besar adalah ketegangan ini akan berakhir dengan cepat, dan apabila keadaan kembali normal, Malaysia dan negara-negara Teluk akan dapat menjalankan perdagangan yang lebih dinamik dan menguntungkan," katanya dipetik.


Mengulas mengenai situasi semasa konflik di Asia Barat, beliau berpandangan Amerika Syarikat (AS) dijangka menamatkan peperangan dengan Iran bagi mengembalikan kestabilan ekonomi global.


"Ekonomi global kucar-kacir terutamanya dengan kenaikan harga minyak.


"Apabila kita melihat kenyataan terkini Presiden AS, Donald Trump yang menyatakan AS sudah menang. Ini menunjukkan tanda-tanda bahawa Trump mahu menghentikan peperangan secepat mungkin," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page