top of page

Bersatu Johor hilang tarikan berdepan krisis kepimpinan berterusan?

  • Writer: Hasbul Ahmad
    Hasbul Ahmad
  • Mar 23
  • 2 min read

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilihat semakin kehilangan pengaruh di Johor dan tidak lagi menarik minat orang Melayu apabila parti itu didakwa lebih tertumpu kepada perebutan kedudukan politik berbanding menggerakkan program bersama rakyat.


Ketua KEADILAN Cabang Pontian, Haniff Hosman berkata, keadaan tersebut jelas apabila aktiviti parti berkenaan di Johor semakin berkurangan sejak kebelakangan ini, menunjukkan seolah-olah Bersatu semakin tenggelam apabila program di peringkat akar umbi hampir tidak kelihatan.


"Kalau rata-rata di Johor ini, Bersatu sudah macam tenggelam. Program memang tidak nampak. Kalau Pas ada juga sedikit-sedikit program, tetapi itu atas parti Pas sendiri. Bersatu pula macam sudah tidak nampak apa-apa aktiviti.


"Tak ada kesinambungan semenjak pilihanraya. Sebelum ini ada juga program, tapi tahun ini nampak semakin kritikal," katanya kepada Suara Keadilan.


Beliau mendakwa kepimpinan Bersatu di Johor kini lebih tertumpu kepada usaha menyusun semula organisasi parti termasuk mencari semula penyokong, susulan beberapa isu termasuk pembubaran kepimpinan bahagian yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan pusat.


Tambah Haniff persaingan antara Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dan bekas timbalannya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berpotensi mencetuskan dinamik baharu dalam Perikatan Nasional (PN), khususnya jika Hamzah menubuhkan parti baharu dan menyertai gabungan tersebut.

Haniff Hosman
Haniff Hosman

Kata beliau, situasi itu boleh membawa kepada persaingan kepimpinan dalam PN termasuk soal siapa calon Perdana Menteri bagi gabungan tersebut.


"Kalau Hamzah bawa parti baharu dan bersama PN, akan timbul persoalan siapa calon Perdana Menteri. Mungkin berlaku persaingan antara Muhyiddin dan Hamzah.


"Saya tak pastilah kalau Pas nak bawa dia (Hamzah) masuk (PN). Tetapi Pas daripada dulu memang fikirkan kepentingan parti dia dahulu," katanya.


Dalam pada itu Haniff turut mengingatkan ahli parti dan penyokong Kerajaan Perpaduan agar tidak melihat perpecahan Perikatan Nasional untuk mereka berdiam diri atau berehat walaupun pembangkang berdepan konflik dalaman.


Ujarnya, penyokong kerajaan perlu terus aktif di lapangan bagi memastikan sokongan rakyat kekal kukuh.


"Meskipun ada perpecahan di kalangan mereka, tak bermakna mereka terus “hancur”. Undi dan sokongan masih lagi kepada mereka (pembangkang). Lebih-lebih lagi jika ada parti baru dan biasanya parti baru ada momentum.


"Yang penting kita (penyokong Kerajaan Perpaduan) tingkatkan sokongan kepada kerajaan Madani, sebar luas informasi, program dan kisah kejayaan," ujarnya lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page