top of page

PETRA rancang pelan tindakan hadapi risiko kemarau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 23
  • 1 min read

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) sedang memantau dan merancang pelan tindakan sebagai persediaan menghadapi kemungkinan musim kemarau.


Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu susulan peralihan Monsun Timur Laut ke Monsun Barat Daya yang dijangka berlaku sehingga Mei, membawa cuaca lebih panas dan kering sekaligus meningkatkan risiko kemarau.

"PETRA bersama-sama syarikat-syarikat perkhidmatan air di setiap negeri sedang memantau keadaan semasa dan pelan tindakan sedang dirangka untuk memastikan bekalan air mencukupi.


"Bekalan air terutamanya kolam-kolam takungan air mitigasi kemarau berada dalam keadaan baik setakat kini," katanya dipetik ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra Rakyat sempena Aidilfitri anjuran Gabungan Penghulu dan Ketua Masyarakat Kawasan Petra Jaya, di Kuching, semalam.


Sementara itu, Fadillah yang juga Timbalan Perdana Menteri turut menyeru rakyat mengamalkan penjimatan air sebagai budaya harian bagi memastikan kelestarian sumber berkenaan terus terjamin,


Tegasnya, walaupun Malaysia sememangnya dikurniakan sumber air yang banyak, namun cabaran pengurusan dan kelestarian semakin kompleks susulan perubahan iklim serta pembangunan pesat.

"Penggunaan air secara bijaksana penting terutama ketika cuaca panas dan tidak menentu ini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page