top of page

Serangan jarak jauh Iran ke Diego Garcia ubah landskap konflik Timur Tengah

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 hours ago
  • 2 min read

Percubaan serangan peluru berpandu balistik atau jarak jauh oleh Iran ke arah pangkalan tentera Amerika Syarikat di Diego Garcia, Lautan Hindi dilihat sebagai perkembangan signifikan yang berpotensi mengubah keseimbangan keselamatan di peringkat global.


Aktivis Pakatan Harapan, Syam Ghaz, berkata tindakan itu membuktikan keupayaan baharu Iran dalam melancarkan serangan melebihi jarak 2,000 kilometer sebagaimana diakui program peluru berpandu republik berkenaan terhad dalam jarak tersebut.


"Ini adalah percubaan serangan jarak paling jauh pernah dibuat oleh Iran, sekali gus membuktikan mereka kini mempunyai keupayaan melebihi 2,000 kilometer," katanya dalam muat naik di media sosial.


Menurut beliau, walaupun dua peluru berpandu yang dilancarkan itu tidak mengenai sasaran — satu gagal dan satu lagi dipintas sistem pertahanan — mesej strategik yang ingin disampaikan amatlah jelas.


"Iran cuba menghantar mesej bahawa mereka mampu mencapai sasaran di luar Timur Tengah


Iran nampaknya cuba memberitahu Washington dan London bahawa pangkalan jauh yang digunakan untuk operasi terhadap Iran tidak lagi boleh dianggap selamat secara automatik,” ujarnya.

Syam Ghaz
Syam Ghaz

Beliau berkata, sasaran ke atas Diego Garcia yang merupakan pangkalan utama Amerika Syarikat bagi operasi pengebom strategik dan kapal selam nuklear menunjukkan perubahan ketara dalam dinamika konflik Timur Tengah.


Mengulas lanjut, beliau menjelaskan terdapat beberapa pangkalan tentera Amerika Syarikat dalam radius sekitar 4,000 kilometer yang kini berpotensi terdedah, termasuk di Qatar, Bahrain, Kuwait, Arab Saudi serta kawasan Eropah Timur.


"Implikasi serangan ini menunjukkan bahawa pangkalan yang sebelum ini dianggap ‘kebal’ kini terdedah, sekali gus memaksa Amerika Syarikat memperkukuh sistem pertahanan peluru berpandu seperti Aegis dan THAAD," katanya.


Sehubungan itu, beliau menyifatkan perkembangan tersebut sebagai ‘game changer’ yang mengubah sepenuhnya sifir konflik antara Amerika Syarikat dan Iran.


Penganalisis pertahanan sebelum ini berpendapat peningkatan ketenteraan Iran boleh menambah penjang perang yang masuk minggu keempat dengan kesukaran AS untuk memulakan operasi darat dan menguasai negara berkenaan.


Teknologi peluru berpandu melebihi 2,000 km menyebabkan kapal induk AS belayar di luar jarak berkenaan bagi mengelak serangan.


Tanpa kemenangan segera AS dan sekutunya dengan menawan Iran maka harga minyak dunia akan semakin tidak menentu dan boleh mencecah AS$200 setong berbanding AS$115 setong ketika ini.



Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page