top of page

Keterjaminan makanan terus jadi keutamaan kerajaan - Mohammad Sabu

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 22
  • 1 min read

Keterjaminan makanan negara kekal menjadi keutamaan berterusan kerajaan demi memastikan rakyat tidak terjejas.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, walaupun permintaan bekalan makanan meningkat mendadak ketika musim perayaan terutama Aidilfitri, namun bekalan terkawan dan mencukupi sepanjang sambutan perayaan ini.


Aidilfitri sinonim dengan perhimpunan keluarga dan hidangan istimewa, aspek keselamatan dan kestabilan bekalan makanan tetap dipantau rapi.


"Bagi pihak kementerian, kami akan terus komited memastikan keterjaminan makanan negara sentiasa terpelihara dan bekalan mencukupi, bukan sahaja di musim perayaan, tetapi sepanjang masa," katanya.


Menerusi kenyataan tersebut beliau turut menyatakan komitmen kerajaan yang bukan sekadar memastikan bekalan mencukupi, malah memastikan tiada gangguan yang boleh mencetuskan tekanan harga di pasaran tempatan.


Dalam masa sama, kementeriannya juga akan terus mendengar suara petani dan nelayan serta memperkukuh sokongan kepada golongan tersebut supaya produktiviti dan rantaian bekalan kekal stabil.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page