top of page

Berita


Kementerian Pertanian teliti isu kadar potongan, pemutuan padi
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan meneliti aduan berhubung kadar pemotongan dan pemutuan padi yang didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah 40 peratus demi memastikan penyelesaian yang adil kepada golongan pesawah dan pengilang. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, aduan mengenai kadar pemotongan padi perlu diperiksa secara menyeluruh kerana terdapat kes yang berpunca daripada keadaan fizikal padi, selain tindakan segelintir pengilang yang mengenakan

Akmal Manaf
2 days ago1 min read


Adly Zahari pertahan Bukit Katil
Pengerusi PH Melaka, Adly, diiringi Presiden AMANAH, DS Mohamad pada penamaan calon Laungan slogan ‘Melaka Rumah Kita’ mengiringi langkah penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil, Adly Zahari ketika tiba di Dewan Tun Ali bagi proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16, pagi ini. Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan hadir bersama puluhan penyokong Pakatan Harapan (PH) yang melaungkan slogan berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usah

Suara Keadilan
5 days ago1 min read


'Melayu lemah kerana banyak pemimpinnya sakau duit'
Segelintir individu yang terpalit dengan skandal rasuah dan penyelewengan dalam institusi Melayu disifatkan antara faktor yang menjejaskan kemajuan masyarakat itu. Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata kini lebih RM20 bilion dimaklumkan telah digunakan bagi menyelamatkan Tabung Haji (TH). "RM20 bilion itu wang rakyat. Wang (bangsa) Cina, India, Benggali (dan lain-lain). Jadi apabila ada orang bukan Islam cakap mengenai hal Tabung Haji, kita (tak boleh) kat

Akmal Manaf
Oct 92 min read


Bekalan makanan asas negara stabil walaupun berdepan konflik Asia Barat
Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan memaklumkan bekalan makanan keperluan asas negara terutama beras dan ikan berada kekal pada tahap stabil meskipun berdepan ketegangan geopolitik Asia Barat. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, setakat 30 September lalu, bekalan stok fizikal beras negara berjumlah 1,193,478 tan metrik dan mampu menampung keperluan untuk tempoh enam bulan. Tambahnya, daripada jumlah tersebut, 200,000 t

Suara Keadilan
Oct 72 min read


Kementerian Pertanian saran Kerajaan Negeri warta kawasan jelapang padi
DS Mohamad mahu jelapang padi diwartakan elak penyusutan berterusan hasil padi negara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menyarankan supaya Kerajaan Negeri mewartakan kawasan jelapang padi di negeri masing-masing. Menerusi satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan langkah tersebut bagi memastikan keluasan tanah penanaman padi terus dipelihara dalam usaha meningkatkan Kadar Sara Diri (SSR) beras negara, selari dengan syor Laporan Ketua Audit Negara (LKAN).

Azuan Ab Rahman
Oct 31 min read


Jentera PH, AMANAH Melaka bawa pendekatan "Rahmatan Lil Alamin"
Datuk Seri Mohamad Sabu, Gambar arkib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu menyeru seluruh jentera Pakatan Harapan (PH), khususnya AMANAH supaya segera turun ke lapangan dan menggerakkan persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16. Seruan itu dibuat susulan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka berkuat kuasa hari ini bagi memberi laluan kepada PRN negeri berkenaan. Mohamad berkata jentera PH dan AMANAH di semua peringkat perlu

Helmi Mohd Foad
Sep 232 min read


Negara Arab perlu tegas lawan kekejaman Israel terhadap Palestin, Iran
Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu mempersoalkan pendirian negara-negara Islam khususnya negara Arab, yang disifatkannya terlalu berhati-hati bertindak ketika rakyat Palestin terus dibunuh dan diusir sedangkan sokongan terhadap Israel masih diteruskan dalam bentuk hubungan diplomatik dan perdagangan. Beliau berkata, penderitaan rakyat Palestin tidak seharusnya sekadar menjadi bahan ucapan dalam persidangan atau kecaman di peringkat antarabangsa, sebaliknya perlu diterje

Akmal Manaf
Sep 82 min read


Isu Baja 3: 'Menteri bertindak sebelum pempengaruh buat bising'
DS Mohamad (tengah) berbincang bersama KPB, SUB PIP dan GM MADA di MARDI Kota Raja, Selangor pada 18 Ogos 2026, menunjukkan Menteri telah bertindak sebelum pempengaruh 'buat bising' di media sosial Tindakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berhubung kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan MADA telah dimulakan sebelum isu berkenaan mendapat perhatian meluas di media sosial. Setiausaha Akhbar Menteri Pertanian dan Keterjaminan Maka

Suara Keadilan
Sep 42 min read


Baki bekalan Baja 3 kepada pesawah MADA mula dihantar 3 September
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib Isu kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan diselesaikan segera dengan penghantaran baki bekalan dijadualkan bermula esok, 3 September. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keseluruhan proses penghantaran bekalan kepada pesawah yang terjejas disasarkan selesai dalam tempoh 10 hari. Beliau berkata, perk

Suara Keadilan
Sep 21 min read


Kementerian Pertanian akan mohon dana tambahan hadapi El Nino ekstrem
DS Mohamad ditemuramah Astro Prima menerusi Borak Seni di Dewan D pada Pameran MAHA 2026 Kerajaan akan meneruskan program subsidi bagi sektor agromakanan, namun pelaksanaannya akan dinilai dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, sektor tertentu seperti sawah padi serta perikanan masih memerlukan sokongan kerajaan untuk memastikan kelangsungan pengeluaran dan menjamin pendapatan golongan t

Suara Keadilan
Sep 21 min read


MAHA Trade Days 2026 buka peluang pasaran pertanian ke peringkat antarabangsa
DS Mohamad (dua dari kanan) melancarkan MAHA Trade Days 2026 di MAEPS, Serdang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA 2026) melangkah setapak lagi apabila Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu hari ini melancarkan MAHA Trade Days 2026 di MAEPS, sebuah platform penting untuk memperluas pasaran, menarik pelaburan dan membuka lebih banyak peluang kepada petani, nelayan, penternak serta usahawan agromakanan negara. Menurut

Suara Keadilan
Sep 12 min read


Kementerian Pertanian sasarkan SSR beras 80 peratus - Mohamad Sabu
Bang Mat melancarkan Laman Padi MAHA 2026, semalam Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan terus memperkukuh ekosistem padi dan beras negara bagi memastikan bekalan makanan sentiasa mencukupi. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, tahap sara diri (SSR) beras negara perlu dipertingkat kepada sekurang-kurangnya 80 peratus dengan kadar SSR di bawah 60 peratus ketika ini belum cukup kukuh dari sudut keterjaminan makanan negara. "Justeru usaha lebih besa

Suara Keadilan
Sep 11 min read


Kementerian Pertanian lancar KENDIRI: Galak rakyat tanam sayuran di rumah
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melancarkan Kempen Kebun di Rumah Sendiri (KENDIRI) sebagai intervensi strategik nasional menggalakkan penghasilan sebahagian daripada bahan makanan sendiri di rumah. Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, sumber makanan dihasilkan sendiri mampu meningkatkan daya tahan keluarga terutama ketika negara berdepan gangguan rantaian bekalan dan kenaikan harga makanan. "Ketidaktentuan geopolitik ketika ini menginga

Suara Keadilan
Aug 291 min read


Belanjawan 2027: Impak El Nino antara fokus Kementerian Pertanian
Isu berkaitan kesan susulan El-Nino terhadap sektor pertanian serta keterjaminan makanan negara antara fokus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam penyediaan Belanjawan 2027. Menteri KPKT, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, itu tersebut antara dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan awal minggu ini. "Terdapat keperluan untuk membuat persiapan termasuk peruntukan menghadapi kesan fenomena itu yang dij

Suara Keadilan
Aug 191 min read


Malaysia - EU perkukuh kerjasama agromakanan, teknologi pertanian
Mohamad Sabu (kiri) menyampaikan cenderamata kepada Chris Humphrey di Putrajaya pagi tadi Malaysia komited memperkukuh kerjasama strategik dengan Kesatuan Eropah (EU) dalam sektor agromakanan menerusi penyelidikan, pemindahan teknologi, pembangunan bakat serta pelaburan bagi memperkasakan keterjaminan makanan negara. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata komitmen itu dizahirkan ketika beliau menerima kunjungan hormat delegasi EU-ASEAN Bus

Helmi Mohd Foad
Aug 62 min read


Kerajaan MADANI dalam proses perkukuh tadbir urus, intergriti NAFAS
Kerajaan MADANI sedang berusaha memperkukuh tadbir urus, integriti serta keberkesanan pengurusan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS). Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, pihaknya kini sedang meneliti undang-undang dan peraturan bagi menangani isu-isu yang dikenal pasti sekaligus melindungi kepentingan ahli pertubuhan itu. Tambahnya, ketika ini perlembagaan NAFAS masih digantung di bawah Seksyen 20 Akta Pertubuhan Pela

Suara Keadilan
Aug 62 min read


Program MADANI Kita dekatkan kerajaan dengan rakyat
Program MADANI Kita (PMK) menjadi wadah kerajaan mendekati rakyat selain memastikan dasar dan isu semasa dapat difahami berdasarkan maklumat yang tepat. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, menerusi program tersebut penerangan berkaitan isu boleh disampaikan dalam bahasa mudah supaya rakyat memahami fakta sebenar dan tidak terkeliru. "Contohnya berhubung laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pengurusan dan

Suara Keadilan
Aug 31 min read


Tiada alasan munasabah tolak pentadbiran Tok Min - Mat Sabu
DS Mohamad Sabu membantu calon PH berkempen di N Sembilan Tidak ada sebarang alasan munasabah untuk rakyat Negeri Sembilan menolak pentadbiran negeri yang kini diketuai Pakatan Harapan (PH). Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, dibawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, negeri itu bukan sahaja kukuh dari segi pencapaian ekonomi, malah perpaduan dalam kalangan rakyatnya juga sangat kukuh. Bagaimanpun Mohamad menyatakan ra

Suara Keadilan
Jul 231 min read


Penjajaran politik di NS: PH pegang prinsip dahulukan kepentingan rakyat - Mat Sabu
DS Mohamad (kanan) mahu rakyat khususnya di NS sedar dasar PH mengutamakan rakyat. Foto: FB Mat Sabu Pakatan Harapan (PH) akan terus bekerja di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sentiasa komited memartabatkan Islam dan membela orang Melayu di tengah-tengah kemungkinan perubahan landskap politik apabila Barisan Nasional (BN) menjalinkan kerjasama dengan Pas. Presiden AMANAH Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, PH tidak akan panik berdepan sebarang perub

Helmi Mohd Foad
Jul 212 min read


Perkembangan politik Johor, N Sembilan: Kerajaan Perpaduan perlukan jawapan
Masa depan Kerajaan Perpaduan berada dalam teka teki susulan perkembangan politik di Johor dan Negeri Sembilan yang memperlihatkan isyarat perubahan dalam kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN). Hal itu, kata Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Seri Mohamad Sabu tidak sebagaimana yang dicapai sepanjang tiga tahun lalu yang memperlihatkan hubungan antara PH dan BN kukuh menerusi kerjasama dalam beberapa siri pilihan raya kecil di seluruh negar

Suara Keadilan
Jul 172 min read
bottom of page
