top of page

Baki bekalan Baja 3 kepada pesawah MADA mula dihantar 3 September

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 43 minutes ago
  • 1 min read
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu. Gambar arkib

Isu kelewatan bekalan Baja 3 kepada pesawah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) akan diselesaikan segera dengan penghantaran baki bekalan dijadualkan bermula esok, 3 September.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, keseluruhan proses penghantaran bekalan kepada pesawah yang terjejas disasarkan selesai dalam tempoh 10 hari.


Beliau berkata, perkara itu susulan persetujuan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap permohonan supaya perkhidmatan Taveekun Manufacturing Sdn. Bhd. bagi pembekalan berkenaan ditamatkan susulan kelewatan yang berlaku.


"Pada masa yang sama, saya telah mencadangkan supaya Malaysian NPK Fertilizer Sdn. Bhd., anak syarikat Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS), diberi tanggungjawab untuk menyelesaikan baki pembekalan Baja 3 kepada pesawah yang terjejas," katanya dalam kenyataan hari ini.


Mohamad berkata, beliau telah mengarahkan MADA supaya memantau proses penghantaran secara rapi sehingga bekalan benar-benar diterima oleh semua pesawah yang terjejas.


"Saya juga telah mengarahkan MADA supaya proses ini dipantau secara rapi sehingga bekalan benar-benar sampai kepada pesawah.


"Tiada ruang untuk kelewatan berulang apabila ia melibatkan keperluan asas pengeluaran padi dan sumber pendapatan pesawah," katanya.


Dalam pada itu, beliau menegaskan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sehingga menjejaskan kepentingan pesawah serta kelancaran sektor pengeluaran makanan negara.


"KPKM tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal melaksanakan tanggungjawab sehingga menjejaskan kepentingan pesawah dan kelancaran sektor pengeluaran makanan negara," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page