Tiada alasan munasabah tolak pentadbiran Tok Min - Mat Sabu
- Suara Keadilan

- 20 hours ago
- 1 min read

Tidak ada sebarang alasan munasabah untuk rakyat Negeri Sembilan menolak pentadbiran negeri yang kini diketuai Pakatan Harapan (PH).
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu menegaskan, dibawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun, negeri itu bukan sahaja kukuh dari segi pencapaian ekonomi, malah perpaduan dalam kalangan rakyatnya juga sangat kukuh.
Bagaimanpun Mohamad menyatakan rasa kesal dengan tindakan pihak yang mencetus ketidakkestabilan politik di Negeri Sembilan untuk merebut kuasa.
"Sepatutnya parti-parti politik dalam Negeri Sembilan terutama yang duduk dalam Kerajaan Perpaduan mencari jalan bagaimana untuk menyelamatkan kerajaan negeri, bukannya menyebabkan kerajaan negeri berkrisis.
"Tapi malang kesempatan diambil untuk mengambil alih pemerintahan di sini, sehinggakan berlaku ketidakharmonian.
"Apapun, saya yakin rakyat Negeri Sembilan mahukan keharmonian itu dikembalikan," katanya dipetik laporan media.
Mohammad sementara itu menyelar pihak yang memainkan naratif perkauman dan agama khususnya dengan menjadikan DAP sebagai sasaran kempen.
Menurut beliau, dakwaan kononnya orang Melayu dan Islam terancam jelas dipergunakan semata-mata untuk menarik undi kepada parti politik tertentu.
"Kalau DAP merbahaya, kenapa di Perak boleh bersama (kerjasama dengan BN)? Di Pahang boleh bersama?
"Jadi naratif itu ikut sentimen untuk menang pilihan raya, itu sahaja," katanya.




Comments