Belanjawan 2027: Impak El Nino antara fokus Kementerian Pertanian
- Suara Keadilan

- 5 days ago
- 1 min read

Isu berkaitan kesan susulan El-Nino terhadap sektor pertanian serta keterjaminan makanan negara antara fokus Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam penyediaan Belanjawan 2027.
Menteri KPKT, Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, itu tersebut antara dibincangkan dalam pertemuan bersama Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan awal minggu ini.
"Terdapat keperluan untuk membuat persiapan termasuk peruntukan menghadapi kesan fenomena itu yang dijangka bermula September ini.
"Selain peruntukan biasa untuk Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), peruntukan tambahan yang dibincangkan serta semua permohonan, menunjukkan maklum balas positif," katanya dipetik laporan media.
Mohamad berkata begitu ketika ditemui pemberita selepas merasmikan pelancaran cawangan Agrobank Klang pada Selasa.
Sementara itu menurut beliau, pada pertemuan itu, beliau dimaklumkan juga Kementerian Kewangan dijangka menyediakan keperluan jika berlaku sebarang perubahan dan gangguan mendadak terhadap bekalan makanan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini memberi amaran konfigurasi iklim global terkini menunjukkan fenomena El Nino 2026-2027 berpotensi menjadi antara paling ekstrem pernah direkodkan.
Ia dijangka melepasi atau sekurang-kurangnya menyamai impak El Nino sangat kuat pada 1997 hingga 1998 serta 2015 hingga 2016.




Comments