top of page

Program MADANI Kita dekatkan kerajaan dengan rakyat

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 3
  • 1 min read

Program MADANI Kita (PMK) menjadi wadah kerajaan mendekati rakyat selain memastikan dasar dan isu semasa dapat difahami berdasarkan maklumat yang tepat.


Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu (gambar) berkata, menerusi program tersebut penerangan berkaitan isu boleh disampaikan dalam bahasa mudah supaya rakyat memahami fakta sebenar dan tidak terkeliru.


"Contohnya berhubung laporan penuh Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung pengurusan dan operasi Lembaga Tabung Haji (TH), anggotanya bukanlah terdiri daripada orang politik.


"Penerangan berhubung isu berkenaan perlu menggunakan ayat yang mudah untuk rakyat faham... biar rakyat faham apa yang berlaku dalam TH," katanya dipetik laporan media.


Mohammad sebelumnya hadir merasmikan PMK Bersama-sama Komuniti Kota Raja di Dewan MBSA Seksyen 28 di Shah Alam pada Ahad.


Sementara itu tambahnya, PMK juga dapat membawa pelbagai perkhidmatan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan Persekutuan serta Negeri secara terus kepada masyarakat.


"Pengisian program hari ini memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum melalui aktiviti yang turut disusun termasuk perlawanan bola sepak, pertandingan e-sukan serta aktiviti kebudayaan yang mencerminkan kepelbagaian warisan masyarakat di Selangor," katanya.


PMK Bersama-sama Komuniti Kota Raja yang diadakan semalam mendapat sambutan lebih 2,000 pengunjung dengan 27 reruai kementerian, jabatan dan agensi kerajaan disediakan untuk kemudahan masyarakat setempat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page