top of page

Majlis bertindak ekonomi: Dr Samsuri wajib utamakan kepentingan negara — Amidi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 23
  • 2 min read

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ir. Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar disaran mengubah pendekatan dan sikap dalam menangani isu ekonomi demi kesejahteraan negara.


Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan, berkata cadangan Dr Samsuri mahu menubuhkan majlis bertindak ekonomi yang bersifat bukan partisan bagi menangani krisis ekonomi global perlu disertai dengan tindakan yang selari dengan prinsip tersebut.


"Cadangan untuk menubuhkan sebuah majlis bagi merangka strategi yang bersifat non-partisan adalah seperti 'menepuk air di dulang, terpercik muka sendiri'


"Pendekatan non-partisan adalah melampaui kepentingan politik parti demi mengutamakan kepentingan negara.


"Selain merentas parti politik, non-partisan juga bermaksud menyokong dan mengkritik tanpa terikat dengan mana-mana parti politik," kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu dalam kenyataan hari ini.


Menurut beliau, pendekatan tersebut perlu dizahirkan secara konsisten, termasuk dalam mengiktiraf pencapaian ekonomi negara seperti pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan peningkatan pelaburan langsung asing (FDI).

Amidi Abdul Manan
Amidi Abdul Manan

"Saya ingin bertanya di manakah suara Dr Samsuri ketika negara melebihi jangkaan KDNK bagi suku ke-4 tahun 2025 baru-baru ini?


"Begitu juga dengan kejayaan peningkatan FDI. Di manakah suara Dr Samsuri?" soalnya.


Beliau turut mempersoalkan tindakan pemimpin Pas Terengganu melabel Kerajaan Persekutuan secara negatif, sedangkan menurutnya fakta menunjukkan usaha berterusan Kerajaan MADANI dalam memperkukuh ekonomi negara.


Dalam masa sama, beliau memuji usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan bekerja keras untuk memastikan kestabilan ekonomi negara.


"Datuk Seri Anwar telah bekerja bersungguh-sungguh untuk mengukuhkan ekonomi negara, sehingga mencipta pelbagai kejayaan tapi di manakah ungkapan sokongan terhadap usaha PM itu?


"Kenapa Dr Shamsuri berdiam diri? Adakah kerana takut kehilangan sokongan pengundi? Inilah sikap partisan yang menyeret kepentingan ekonomi negara bersamanya," ujar Amidi.


Sehubungan itu, Amidi menggesa agar kepimpinan Pas, terutama Dr Samsuri lebih terbuka dan bersedia melakukan muhasabah dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa, termasuk kesan konflik di Asia Barat.


"Saya sarankan agar Dr Samsuri melakukan muhasabah dan mengubah sikap dalam berhadapan dengan krisis ekonomi yang bakal dirasai," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page