top of page

IKSA kakitangan Persekutuan di Selangor disalurkan menerusi gaji April

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read
IKSA kepada kakitangan di bawah Kerajaan Negeri telah pun diberi sebelum 1 Syawal
IKSA kepada kakitangan di bawah Kerajaan Negeri telah pun diberi sebelum 1 Syawal

Pembayaran Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) kepada pegawai persekutuan di negeri itu dijangka dibuat melalui gaji April 2026.


Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dalam kenyataan di Facebook memaklumkan penyaluran peruntukan bagi tujuan tersebut telah dibuat kepada kementerian masing-masing pada 16 Mac lalu.


"Urusan pembayaran kepada pegawai adalah tertakluk di bawah bidang kuasa Bahagian Kewangan dan Akaun setiap kementerian.


"Proses pembayaran IKSA akan dilaksanakan berdasarkan kelayakan pegawai serta tertakluk kepada pemprosesan Pusat Tanggungjawab (PTJ) di kementerian, jabatan atau agensi masing-masing," kata kenyataan itu.


Sehubungan itu, pegawai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut atau menyemak status bayaran disarankan merujuk terus kepada Bahagian Kewangan dan Akaun di tempat bertugas.


Kerajaan Negeri turut menegaskan proses dan tempoh pembayaran adalah tertakluk kepada peraturan kewangan semasa yang berkuat kuasa.


Kerajaan Negeri Selangor sebelum ini mengumumkan Insentif Khas Kita Selangor Aidilfitri (IKSA) 2026 berjumlah RM66.25 juta sempena sambutan Aidilfitri.


Insentif itu merangkumi bayaran satu bukan gaji atau minimum RM1,000 kepada penjawat awam negeri dan satu bulan elaun atau minimum RM500 kepada pemimpin masyarakat,


Petugas masjid dan guru rakyat menerima RM500 dan seramai 50,000 penjawat awam Persekutuan bergaji RM3,000 ke bawah yang berkhidmat di Selangor turut menerima RM300.


Turut diumumkan bantuan RM1,000 kepada wartawan dan jurugambar yang berdaftar dengan Pertubuhan Wartawan Jurugambar Selangor (WAJAR).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page