top of page

Kerajaan teliti cadangan pembaikan semula Pusat Latihan TLSM Sungai Buloh

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Mar 23
  • 1 min read
DS Dzulkifly (kiri, bersongkok) bersama kakitangan Hospital Sungai Buloh di Aidilfitri
DS Dzulkifly (kiri, bersongkok) bersama kakitangan Hospital Sungai Buloh di Aidilfitri

Kerajaan MADANI sedang meneliti cadangan pembaikan Pusat Latihan Integrasi Klinikal dan Trauma Life Support Malaysia (TLSM) Kebangsaan di Bukit Ilmu, Hospital Sungai Buloh, Selangor.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata cadangan pembaikan pusat berusia lebih 100 tahun itu dengan anggaran RM485,000 merupakan pelaburan modal insan yang kritikal bagi memastikan petugas kesihatan terus kompeten dan mahir dalam menyelamatkan nyawa.


"Insya-Allah, kami akan usahakan," katanya menerusi hantaran Facebook pada Ahad.


Terdahulu, beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor hadir menyantuni petugas Hospital Sungai Buloh sempena Aidilfitri.


Sementara itu jelasnya, Hospital Sungai Buloh memikul tanggungjawab besar sebagai pusat rujukan nasional dan menjadi tunjang kepada koridor Selangor Utara termasuk kawasan Parlimen Kuala Selangor.


Sehubungan itu tegasnya, komitmen terhadap penambahbaikan infrastruktur akan terus diberi perhatian termasuk keperluan baik pulih segera di Unit ICU dan dewan bedah serta kebajikan petugas.


TLSM Kebangsaan merupakan nadi utama dalam usaha melahirkan profesional kesihatan berkemahiran tinggi dalam bidang kecemasan dan trauma selain menyediakan latihan berterusan kepada doktor, jururawat dan paramedik dari seluruh negara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page