top of page

Kekal komitmen perpaduan dalam kepelbagaian di Aidilfitri

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menegaskan komitmennya sebagai parti berbilang kaum, agama dan budaya yang berteraskan prinsip keadilan untuk semua, khususnya dalam memperkukuh perpaduan nasional.


Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar), berkata kepelbagaian yang wujud dalam masyarakat Malaysia harus diraikan sebagai kekuatan utama dalam perjuangan parti.


"KEADILAN ialah parti berbilang kaum, agama dan budaya berteraskan prinsip keadilan untuk semua. Kita meraikan kepelbagaian dan perbezaan yang mewarnai perjuangan ini," katanya dalam muat naik sempena Hari Raya Aidilfitri, hari ini.


Menurut beliau, semangat persaudaraan dalam kepelbagaian perlu terus dipupuk bagi memastikan keharmonian masyarakat kekal terpelihara.


"KEADILAN memupuk semangat persaudaraan dalam kepelbagaian warna rakyat Malaysia serta memberi ruang luas untuk semua anggotanya memancarkan kasih sayang, hormat dan kemesraan," ujarnya.


Beliau berkata, Aidilfitri merupakan kesempatan terbaik untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan selepas melalui bulan Ramadan.


"Pada kesempatan yang indah ini, bersama kita bersukacita bersama sanak saudara dan sahabat perjuangan yang telah melalui bulan Ramadan dengan tabah."


Tambah beliau, semangat cintakan negara perlu terus diperkukuh dalam kalangan rakyat bagi memastikan masa depan Malaysia kekal terjamin.


Sehubungan itu, beliau menyeru semua pihak untuk memainkan peranan masing-masing dalam memartabatkan negara melalui khidmat bakti dan kesetiaan kepada tanah air.


"Biarlah kita kesungguhan khidmat bakti menambah nilai pada usaha berterusan kita untuk pembangunan negara bangsa berteraskan prinsip dan nilai Malaysia MADANI," ujarnya.


Beliau turut berharap sambutan Aidilfitri kali ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan kepada seluruh rakyat Malaysia.


"Semoga perayaan ini membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan kepada kita semua," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page