top of page

Berita


Op Viking: Polis sahkan Victor Chin antara 10 ditahan terlibat ubah wang haram
Polis Malaysia mengesahkan ahli perniagaan Victor Chin Boon Loong antara 10 individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti pengubahan wang haram menerusi Ops Viking dari 15 Oktober lalu hingga 13 Januari lepas. Ketua Pasukan Unit Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA) Bukit Aman Datuk Fazlisyam Abd Majid berkata Chin telah ditahan pada Disember lepas dan dibebaskan dengan jaminan polis namun ahli perniagaan itu mungkin dipanggil semula sekiranya perlu. Be

Helmi Mohd Foad
Mar 302 min read


Pembangkang hidup dengan manipulasi isu harga minyak - Lokman
Pembangkang Malaysia didakwa hidup melalui penyelewengan fakta dengan mengelirukan rakyat berkaitan krisis bahan api global yang dihadapi masyarakat susulan konflik di Asia Barat. Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam berkata pembangkang memilih untuk berpura-pura tidak tahu daripada mengakui hakikat bahawa harga bahan api global meningkat tinggi akibat gangguan bekalan. "Apabila bekalan terancam, harga akan meningkat. Semudah itu. Tiada retorik politik ya

Helmi Mohd Foad
Mar 302 min read


Pemandu mabuk positif dadah: Kenakan tindakan tegas - Thiban
Insiden kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk yang turut didapati positif dadah sehingga meragut nyawa seorang penunggang motosikal hari ini perlu diambil tindakan serius. Aktivis KEADILAN Kuala Selangor, Thiban Subbramaniam (gambar) menyifatkan kejadian tersebut amat menyayat hati dan mencerminkan tahap kecuaian serta sikap tidak bertanggungjawab yang tidak boleh diterima dalam masyarakat. Katanya, insiden seperti itu tidak wajar berlaku selepas undnag undang diperketa

Redzuan Shamsudin
Mar 301 min read


Kecekapan PM Anwar urus krisis tenaga global dipuji Ketua JPMorgan
Rajiv Batra menyebut Malaysia antara negara yang cekap menguruskan krisis tenaga dalam konflik Asia Barat Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa apabila tokoh politik berusia 78 tahun itu disifatkan sebagai antara pemimpin yang cekap menguruskan krisis tenaga global di Malaysia. Pengiktirafan itu dizahirkan oleh Ketua JPMorgan bagi Asia merangkap Ketua Bersama Strategi Ekuiti Pasaran Pesat Membangun Global, Rajiv Batra menerusi

Akmal Manaf
Mar 301 min read


‘Satu negara, satu harga’: Hapuskan sistem Karbotaj di Malaysia Timur - Abun Sui
Sistem Kabotaj wajar dihapuskan sepenuhnya demi memastikan keseimbangan harga barangan di seluruh Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak, kata Abun Sui Anyit (gambar) . Ahli Dewan Negara itu berkata, realiti pada hari ini menunjukkan bahawa harga barangan di Sabah dan Sarawak masih relatif lebih tinggi berbanding di Semenanjung. Oleh itu katanya, keadaan tersebut tidak boleh dibiarkan berterusan kerana ianya memberi kesan langsung kepada kos sara hidup rakyat. Ujar Abun, lan

Akmal Manaf
Mar 302 min read


Malaysia Racism Report 2025 dilancar, kukuhkan perpaduan di era digital
Yuneswaran (kiri) melancarkan Malaysia Racism Report 2025 (Edisi ke-11) Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj, menegaskan kepentingan memperkukuh perpaduan nasional dalam menghadapi cabaran sosial yang semakin kompleks, khususnya dalam era digital masa kini. Beliau berkata demikian ketika merasmikan pelancaran Malaysia Racism Report 2025 (Edisi ke-11) di ibu negara hari ini. "Dalam dunia yang semakin kompleks, cabaran perpaduan di Malaysia turut menjadi semaki

Redzuan Shamsudin
Mar 301 min read


Menteri Agama tinjau persiapan haji di Arab Saudi, hadiri forum Umrah & Ziarah
Dr Zulkifli (kiri) yang fasih berbahasa Arab berbincang bersama pemimpin Arab Saudi yang menyambutnya Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, selamat tiba di Arab Saudi semalam bagi menjalankan lawatan kerja rasmi yang memfokuskan kepada persiapan musim haji tahun ini. Menurut kenyataan media, beliau bersama pasukan mengharungi jadual yang padat sepanjang berada di negara berkenaan, termasuk menghadiri jemputan khas ke Forum Umrah & Ziarah di

Redzuan Shamsudin
Mar 302 min read


Pemergian ‘Pak Muss’ satu kehilangan besar buat KEADILAN Pulau Pinang
Foto kenangan Kumaresan (berdiri) bersama Allahyarham Pak Muss yang sering memberi tunjuk ajar politik Parti Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) terutama di Pulau Pinang kehilangan seorang tokoh penting apabila Datuk Mustafa Kamal, atau lebih dikenali sebagai Pak Muss meninggal dunia kelmarin. Allahyarham yang merupakan salah seorang pengasas KEADILAN Pulau Pinang serta mantan Pengarah Pilihanraya negeri itu disifatkan sebagai figura yang amat disanjungi dalam kalangan ahli dan

Redzuan Shamsudin
Mar 302 min read


Naratif diesel naik jejaskan petani tidak berasas
Dakwaan tular di media sosial kononnya petani atau pesawah, termasuk di Pantai Timur marah kepada Kerajaan MADANI susulan kenaikan harga diesel sehingga menyukarkan aktiviti membajak sawah atau ladang disifatkan sebagai 'naratif politik' yang mengelirukan serta tidak berasaskan fakta. Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, sektor pertanian sebenarnya tidak terjejas dengan kenaikan harga diesel susulan konflik di Asia Barat kerana

Suara Keadilan
Mar 301 min read


Asia Barat: Malaysia perlu desak reda ketegangan, rakyat wajib bersatu
Malaysia perlu memainkan peranan lebih tegas di pentas antarabangsa bagi meredakan ketegangan (de-eskalasi) konflik di Asia Barat, di samping memperkukuh perpaduan nasional sebagai benteng menghadapi tekanan global, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor, Howard Lee. Beliau menegaskan kerajaan perlu menggunakan semua saluran diplomatik untuk menggesa kuasa besar, khususnya Amerika Syarikat (AS) agar mengelakkan sebarang serangan darat ke atas Iran. "Saya menggesa kerajaan Malaysia unt

Redzuan Shamsudin
Mar 302 min read


Kerajaan kekal sasaran pertumbuhan ekonomi, imbangi kebajikan rakyat
Kerajaan menumpukan usaha mengimbangi kebajikan rakyat, tekanan inflasi dan pertumbuhan ekonomi susulan ketidaktentuan global, dengan sasaran pertumbuhan 2026 kekal pada 4.0 hingga 4.5 peratus setakat ini. Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, unjuran itu mengambil kira risiko semasa seperti ketegangan geopolitik akibat konflik Asia Barat dan gangguan rantaian bekalan global, namun sebarang semakan sasaran pertumbuhan ekonomi bakal dimaklumkan Bank Ne

Suara Keadilan
Mar 301 min read


LKIM teliti mekanisme terbaik bantu nelayan ketegori Zon C2
Faiz (bertopi) pada Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih, Terengganu Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan terutama kepada pemilik bot kategori Zon C2 di seluruh negara. Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata peningkatan harga bahan api akibat krisis di Asia Barat telah memberi kesan kepada pemilik bot terbabit yang terpaksa membeli minyak diesel dengan harga industri sebanyak RM5.52 seliter

Suara Keadilan
Mar 301 min read


Realiti ekonomi: Berhenti politikkan isu penyelarasan subsidi petrol - AMK
Semua pihak digesa supaya berhenti mempolitikkan isu penyelarasan subsidi petrol, tanpa memahami realiti ekonomi global dan kedudukan fiskal negara. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) dalam kenyataannya menegaskan, penyelarasan program subsidi bersasar BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter bukan satu pengkhianatan kepada rakyat. "Data penggunaan menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan mencermi

Azuan Ab Rahman
Mar 301 min read


Kementerian Digital tangani menyeluruh isu pas pekerjaan bakat teknologi
Kementerian Digital memberi jaminan akan meneliti secara aktif dan menyeluruh isu pemprosesan Pas Pekerjaan (EP) bagi memastikan kelancaran ekosistem Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS). Melalui satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan pelbagai sesi libat urus bersama-sama agensi berkaitan termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pemain industri sedang giat dilaksanakan. "Pendekatan ini bertujuan memahami secara menyeluruh kebimbangan dibangkitkan di samp

Azuan Ab Rahman
Mar 301 min read


Majlis perundingan ekonomi: Cadangan Dr Samsuri retorik akademik, tidak praktikal
Cadangan Pengerusi Perikatan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar (Dr Sam) untuk menubuhkan Majlis Perundingan dan Intervensi Ekonomi bagi menangani isu pengurangan pengurangan subsidi dan kesan kenaikan harga akibat perang di Asia Barat disifatkan sebagai retorik akademik yang tidak menawarkan penyelesaian ekonomi sebenar. Menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob, cadangan tersebut bukanlah idea baharu, sebaliknya hanya men

Suara Keadilan
Mar 292 min read


Dakwaan RM9.5 juta: Cubaan bina persepsi jahat - KEADILAN Hang Tuah Jaya
KEADILAN Cabang Hang Tuah Jaya, Melaka mengecam sekerasnya tindakan seorang ahli perniagaan yang didakwa membuat tuduhan tidak berasas dengan cuba mengaitkan seorang Ahli Parlimen parti itu dalam dakwaan bayaran RM9.5 juta. Ketua Penerangan KEADILAN Hang Tuah Jaya, Ts Yazid Borhan (gambar) berkata, kenyataan yang berubah-ubah mengenai pemberian wang berkenaan oleh ahli perniagaan terbabit jelas menunjukkan percubaan mengelirukan rakyat. "Kenyataan yang berubah-ubah daripada m

Redzuan Shamsudin
Mar 291 min read


Pemuda AMANAH Perak cadang tangguh elaun minyak Ahli Parlimen
Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH) Perak mencadangkan agar elaun bahan api Ahli Parlimen ditangguhkan sementara sebagai tanda solidariti terhadap rakyat yang sedang berdepan peningkatan kos sara hidup. Ketua Pemuda AMANAH Perak, Khairol Najib Hashim (gambar) berkata, langkah itu wajar dipertimbangkan susulan kenaikan harga bahan api yang memberi kesan langsung kepada harga barangan dan kehidupan rakyat. "Kenaikan harga diesel dan petrol yang memberi kesan langsung kepada ha

Redzuan Shamsudin
Mar 292 min read


Misi “30 Hari, 30 Surau” cetus kesedaran jaga rumah ibadat — Menteri Agama
Dr Zulkifli (kanan sekali) menerima kunjungan Rusydi Sayuti (berbaju hijau muda) Inisiatif “30 Hari, 30 Surau” yang digerakkan aktivis dan pempengaruh media sosial disifatkan sebagai usaha dakwah yang mampu mencetuskan kesedaran masyarakat untuk menjaga kebersihan rumah ibadat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hassan berkata, misi yang digerakkan oleh Rusydi Sayuti Rosli bukan sekadar membersihkan surau secara fizikal, tetapi turut membawa mesej

Redzuan Shamsudin
Mar 292 min read


KEADILAN Sarikei beri bantuan air mineral, gesa Kerajaan Negeri salur bekalan air bersih
Bruce Yee (bertopi) bersama AMK menghulurkan bantuan air bersih kepada penduduk di rumah panjang KEADILAN Sarikei bersama sayap Wanita dan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sarawak tampil menghulurkan bantuan air mineral kepada penduduk rumah panjang di sekitar Jalan Sungai Mawang, Jalan Sungai Rusa dan Ulu Ribong yang berdepan krisis kekurangan air. Ketua Cabang KEADILAN Sarikei, Bruce Yee berkata, bantuan itu disalurkan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pend

Redzuan Shamsudin
Mar 292 min read


Diplomasi strategik kukuh kedudukan Malaysia hadapi krisis global
Malaysia kekal berada dalam keadaan terkawal dalam mendepani konflik di Asia Barat, hasil pendekatan proaktif diplomasi strategik Kerajaan MADANI serta kerjasama berterusan di peringkat serantau dan global. Pegawai Strategik (Perhubungan Awam), Cinta Gaza Malaysia, Muhd Haikal Luqman Zulkefli dipetik laporan media pada Sabtu berkata, kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengambil langkah awal bagi memastikan rantaian bekalan negara terus stabil. An

Suara Keadilan
Mar 291 min read
bottom of page
