top of page

Realiti ekonomi: Berhenti politikkan isu penyelarasan subsidi petrol - AMK

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 6 days ago
  • 1 min read

Semua pihak digesa supaya berhenti mempolitikkan isu penyelarasan subsidi petrol, tanpa memahami realiti ekonomi global dan kedudukan fiskal negara.


Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) dalam kenyataannya menegaskan, penyelarasan program subsidi bersasar BUDI95 daripada 300 liter kepada 200 liter bukan satu pengkhianatan kepada rakyat.


"Data penggunaan menunjukkan majoriti rakyat menggunakan kurang daripada 200 liter petrol sebulan mencerminkan sebahagian besar rakyat tidak terjejas.


"(Ia) langkah berani dan bertanggungjawab untuk menutup ruang ketirisan yang selama ini dimanipulasi," jelasnya.


Tambah Muhammad Kamil, langkah penyelarasan sementara itu juga dilihat menyasarkan golongan yang menggunakan petrol secara berlebihan termasuk aktiviti tidak sah seperti penyeludupan dan penggunaan komersial tanpa kawalan.


Negara tegasnya tidak boleh terus mempertahankan sistem subsidi pukal yang menguntungkan golongan berpendapatan tinggi dan pihak tidak bertanggungjawab.


"Kerajaan masih mengekalkan harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter ketika harga minyak mentah global kekal tinggi sekitar AS$80 hingga AS$90 setong sepanjang 2025 hingga awal 2026.


"Di kebanyakan negara lain, harga petrol tanpa subsidi telah mencecah antara RM8 hingga RM13 seliter, termasuk di negara maju dan serantau," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page