top of page

LKIM teliti mekanisme terbaik bantu nelayan ketegori Zon C2

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 6 days ago
  • 1 min read
Faiz (bertopi) pada Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih, Terengganu
Faiz (bertopi) pada Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih, Terengganu

Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sedang meneliti kaedah terbaik bagi menyalurkan bantuan terutama kepada pemilik bot kategori Zon C2 di seluruh negara.


Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil, berkata peningkatan harga bahan api akibat krisis di Asia Barat telah memberi kesan kepada pemilik bot terbabit yang terpaksa membeli minyak diesel dengan harga industri sebanyak RM5.52 seliter.


"Kita faham pemilik bot kategori Zon C2 ini paling terkesan kerana mereka tidak menikmati subsidi sebagaimana bot nelayan Zon A, B dan C yang menerima subsidi dengan harga RM1.65 seliter.


"Kenaikan harga minyak menyebabkan kos operasi penangkapan ikan meningkat mendatangkan tekanan kepada nelayan terbabit," katanya dipetik.


Muhammad Faiz berkata begitu ketika ditemui pemberita pada Majlis Ramah Mesra Madani Bersama Nelayan Kemasik di Kertih, dekat Kemaman pada Ahad.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada 31 nelayan seperti enjin sangkut, pukat, tong insulasi 100 liter serta jaket keselamatan.


Sementara itu beliau berkata, setakat ini sebanyak 733 bot kategori Zon C2 beroperasi di seluruh negara membabitkan seramai 9,598 nelayan dengan rekod tangkapan ikan kira-kira 168,511 tan metrik setahun.


Dalam perkembangan berkaitan, Muhammad Faiz memaklumkan, fenomena cuaca panas ketika ini tidak menjejaskan jumlah pendaratan ikan.


Jelasnya, purata sebanyak 707,009 tan metrik pendaratan ikan direkodkan setiap tahun.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page