top of page

Kementerian Digital tangani menyeluruh isu pas pekerjaan bakat teknologi

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 6 days ago
  • 1 min read

Kementerian Digital memberi jaminan akan meneliti secara aktif dan menyeluruh isu pemprosesan Pas Pekerjaan (EP) bagi memastikan kelancaran ekosistem Perkhidmatan Perniagaan Global (GBS).


Melalui satu kenyataan, kementerian itu memaklumkan pelbagai sesi libat urus bersama-sama agensi berkaitan termasuk Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) serta pemain industri sedang giat dilaksanakan.


"Pendekatan ini bertujuan memahami secara menyeluruh kebimbangan dibangkitkan di samping mengenal pasti langkah penambahbaikan bersesuaian dalam jangka pendek dan panjang," kata mereka.


Kementerian Digital sementara itu turut memaklumkan bahawa sektor GBS antara pemacu utama ekonomi digital negara yang menyumbang secara signifikan kepada pelaburan, penciptaan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi dan pengukuhan kedudukan Malaysia sebagai hab digital serantau.


Pihaknya komited untuk terus memperkukuh penyelarasan dengan agensi berkaitan, di samping melaksanakan penambahbaikan proses secara berterusan bagi mempercepat tempoh kelulusan secara lancar.


"MDEC sudah mempergiat usaha bagi menangani peningkatan ketara dalam jumlah permohonan baharu, termasuk menambah kapasiti sumber tenaga kerja bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat.


"Selain itu, MDEC turut melaksanakan sesi libat urus bersama-sama persatuan industri utama seperti GBS Malaysia (Majlis Perkhidmatan Perniagaan Global Digital Malaysia, cabang PIKOM) dan Contact Centre Association of Malaysia (CCAM) bagi memaklumkan perkembangan semasa," tambah mereka.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page