top of page

Kecekapan PM Anwar urus krisis tenaga global dipuji Ketua JPMorgan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Rajiv Batra menyebut Malaysia antara negara yang cekap menguruskan krisis tenaga dalam konflik Asia Barat
Rajiv Batra menyebut Malaysia antara negara yang cekap menguruskan krisis tenaga dalam konflik Asia Barat

Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menjadi tumpuan antarabangsa apabila tokoh politik berusia 78 tahun itu disifatkan sebagai antara pemimpin yang cekap menguruskan krisis tenaga global di Malaysia.


Pengiktirafan itu dizahirkan oleh Ketua JPMorgan bagi Asia merangkap Ketua Bersama Strategi Ekuiti Pasaran Pesat Membangun Global, Rajiv Batra menerusi satu temu bual bersama CNBC Squawk Box Asia, baru-baru ini.


Beliau berkata, ekonomi Malaysia dan China dilihat antara yang paling berdaya tahan di Asia dalam menghadapi ketidaktentuan pasaran tenaga global yang semakin meruncing susulan konflik berterusan di Asia Barat.


"Selain China dan Malaysia, kebanyakan ekonomi serantau dilihat berisiko berdepan impak langsung daripada kejutan ini.


"Malaysia memiliki beberapa kelebihan tersendiri termasuk kedudukan sebagai pengeksport tenaga bersih, defisit fiskal yang masih terkawal hasil pelaksanaan dasar kerajaan dan kadar inflasi yang sederhana.


"Faktor-faktor ini dijangka terus menyokong pasaran ekuiti domestik, di samping membantu mengekalkan kestabilan mata wang negara," katanya.


Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata bahawa negara mempunyai jaminan simpanan minyak yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei tahun ini.


Namun menurut beliau, kerajaan tidak bergantung kepada jaminan itu semata-mata apabila langkah mencari sumber alternatif telah digerakkan dengan lebih awal.


Anwar yang juga Presiden KEADILAN berkata, kerajaan memantau situasi bekalan tenaga setiap hari susulan ketegangan geopolitik di Asia Barat yang memberi kesan langsung kepada pasaran global.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page