top of page

Berita


NATO jauhi konflik Asia Barat, hentikan perang sebelum terlambat - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa negara Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya tidak terlibat dalam konflik yang semakin memuncak di Asia Barat dengan memberi amaran ia berisiko merebak kepada skala global. Dalam kenyataan terbuka bertajuk “This Is Not Your War” yang ditujukan kepada pemimpin NATO, Presidennya Mohd Azmi Abdul Hamid berkata, konflik tersebut telah melepasi tahap berbahaya dan ia tidak lagi terhad kepada rantau berkenaan

Helmi Mohd Foad
Apr 12 min read


Kerajaan nafi dakwaan campur tangan siasatan pemilikan saham Azam Baki
Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan laporan media antarabangsa yang mendakwa wujud campur tangan dalam siasatan berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki. Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata dakwaan oleh Bloomberg bahawa Perdana Menteri meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas. "Pihak kerajaan menafikan sekeras k

Suara Keadilan
Apr 11 min read


Kemalangan maut: Selangor sedia bantu keluarga Allahyarham Amirul Hafiz
Anfal memberi jaminan kerajaan Selangor akan membantu keluarga Allahyarham Amirul Hafiz Kerajaan Negeri Selangor sedia membantu isteri dan anak-anak penunggang motosikal maut dilanggar pemandu mabuk dalam kemalangan di Jalan Raya Barat, Klang dekat sini, Ahad lalu. Exco Wanita dan Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari memaklumkan pihaknya akan menemui isteri mangsa, Nor Nadia Abdul Majid selepas semua urusan keluarga itu selesai. "Pegawai saya cuba menghubungi mereka de

Suara Keadilan
Apr 12 min read


SPM 2025: GPK meningkat bukti keberkesanan intervensi KPM - Fadhlina
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang merekodkan pencapaian tertinggi dalam tempoh lima tahun membuktikan keberkesanan intervensi yang dilakukan secara berterusan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di semua peringkat. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata, lebih membanggakan apabila pencapaian memberangsangkan ditonjolkan termasuk kohort pertama yang melalui sistem persekolahan tanpa Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Ting

Suara Keadilan
Apr 12 min read


Selangor siap siaga hadapi ketidaktentuan geopolitik, fenomena El Nino
Selangor berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi cabaran ketidaktentuan geopolitik di Asia Barat serta fenomena El Nino, dengan penekanan terhadap kerjasama semua pihak bagi memastikan kestabilan ekonomi negeri terus terpelihara. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, negeri itu telah berdepan pelbagai krisis sejak 2020 termasuk krisis politik, kesihatan serta bencana banjir besar pada 2021, namun berjaya bangkit sebagai penyumbang utama ekonomi neg

Suara Keadilan
Apr 11 min read


Perancangan baharu PADU diumum hujung April - Menteri Ekonomi
Kerajaan bakal memperincikan hala tuju seterusnya bagi sistem Pangkalan Data Utama (PADU) menjelang hujung April ini selaras usaha memperkukuh pendekatan berasaskan data selaras keperluan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). "PADU kekal sebagai komponen penting dalam memastikan setiap keputusan dibuat berasaskan data, di samping menambah baik pelaksanaan sedia ada tanpa menimbulkan kekeliruan. "Langkah itu sedang diperhalusi bagi memastikan PADU kekal relevan sebagai platform u

Suara Keadilan
Apr 11 min read


Kerajaan kekal inisiatif BUDI Diesel RM300 sebulan untuk April
Kerajaan MADANI mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan bagi April 2026. Menurut Kementerian Kewangan (MOF), langkah tersebut merupakan sebahagian usaha melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga bahan api global. "Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan peka dan prihatin terhadap tekanan yang dihadapi oleh rakyat susulan kenaikan harga bahan api global. "Langkah ini dilaksanakan oleh keraja

Azuan Ab Rahman
Apr 11 min read


Konflik Asia Barat jadi iktibar, Malaysia-ASEAN perlu perkukuh kedaulatan
Konflik berterusan di Asia Barat perlu dijadikan iktibar oleh Malaysia dan negara ASEAN untuk memperkukuh keupayaan menentukan hala tuju sendiri tanpa tunduk kepada tekanan kuasa besar. Pengerusi Biro Antarabangsa AMANAH, Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) berkata negara-negara di rantau ini tidak boleh mengulangi kesilapan yang berlaku di Timur Tengah. "Konflik Asia Barat perlu dijadikan iktibar bagi Malaysia dan ASEAN agar menentukan nasib sendiri tanpa membenarkan kuasa lu

Helmi Mohd Foad
Mar 312 min read


Akta Pekerja Gig dimantapkan dengan Majlis Perundingan Gig - Ramanan
DS Ramanan dalam sidang media Akta Pekerja Gig 2025 di Menara Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Kerajaan menegaskan komitmen memperkukuh kerangka perundangan sektor ekonomi gig menerusi pelaksanaan libat urus bersama pemegang taruh dan penubuhan Majlis Perundingan Gig (MPGig) di bawah Akta 872 bagi meneliti isu berkaitan, termasuk penetapan kadar pendapatan minimum dan standard perlindungan pekerja. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, antara perkara ut

Akmal Manaf
Mar 312 min read


Kapal Malaysia dibenar lepasi Selat Hormuz, bekalan tenaga terjamin
Pembukaan laluan kepada kapal Malaysia di Selat Hormuz dilihat sebagai langkah awal yang signifikan dalam meredakan tekanan terhadap bekalan minyak negara, meskipun ia belum menjadi penyelesaian menyeluruh kepada kenaikan harga. Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat, Nabil Halimi berpendapat, dalam suasana geopolitik yang tidak menentu, keutamaan kini bukan sekadar mengekang harga, tetapi memastikan jaminan bekalan agar negara tidak berdepan risiko gangguan rantaian d

Akmal Manaf
Mar 311 min read


Guna minyak sendiri: Pengeluaran tidak mampu penuhi keperluan domestik - Bryan Ng
Hujah penyokong pembangkang mendakwa Malaysia mampu menawarkan harga minyak lebih murah sekiranya petroleum yang dikeluarkan negara tidak dieksport, disifatkan menyeleweng dari sudut fakta dan ekonomi. Menurut Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin, realitinya Malaysia merupakan negara pengimport bersih minyak mentah kerana pengeluaran domestik tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan dalam negara. "Kita masih perlu membeli lebih 300,000 tong sehari daripada pa

Akmal Manaf
Mar 311 min read


Pemandu mabuk: Hukum di bawah Kanun Keseksaan berbanding Akta Pengangkutan Jalan
Kerajaan digesa melaksanakan tindakan undang-undang yang lebih tegas termasuk penguatkuasaan Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan cadangan mengklasifikasikan kes tertentu di bawah Seksyen 300(d) Kanun Keseksaan, susulan peningkatan kes pemandu mabuk yang mengorbankan nyawa di jalan raya. Ketua Komunikasi KEADILAN Cabang Bandar Tun Razak, Yogeswary S Veloo, berkata implikasi sosial daripada kes pemandu mabuk perlu ditangani secara serius susulan peningkatan rasa taku

Akmal Manaf
Mar 312 min read


Pemandu mabuk: Diyat boleh lindungi hak waris mangsa kemalangan
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) , mengecam sekeras-kerasnya insiden kemalangan tragik di Klang yang meragut nyawa seorang bapa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar, 33, akibat pemandu dipercayai mabuk dan positif dadah, semalam. Beliau menyifatkan perbuatan memandu di bawah pengaruh alkohol sebagai bukan sahaja melanggar undang-undang, malah membahayakan nyawa orang lain dan tidak boleh dikompromi. "Kejadian ini amat menyedihkan dan

Redzuan Shamsudin
Mar 311 min read


SU Pertahanan AS anggap Islam sebagai musuh, Duta AS perlu keluar - AMANAH
Duta Amerika Syarikat (AS) di Kuala Lumpur dianggap tidak layak berada di Malaysia susulan kenyataan biadab Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth yang dilapor mengisytiharkan Islam sebagai musuh tanpa mengira mereka daripada kelompok Ahli Sunnah atau Syiah. Pengarah Biro Mobilisasi AMANAH, Abbas Azmi (gambar) berkata negara kuasa besar tersebut sepatutnya menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi. "Kami hidup dengan aman, tidak sepert

Helmi Mohd Foad
Mar 312 min read


Selangor buka semula permohonan bantuan RM1,000 untuk pelajar IPT
Kerajaan Selangor membuka semula permohonan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT), dengan nilai bantuan RM1,000 disediakan kepada pelajar yang layak. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bantuan itu bertujuan meringankan beban kewangan pelajar Selangor khususnya mereka yang melanjutkan pengajian ke tahun pertama di universiti diiktiraf Kerajaan Negeri. "Bantuan meliputi pelajar daripada peringkat Sijil Kemahiran Tahap 4 sehingga Ijazah Sarjana Muda. "

Azuan Ab Rahman
Mar 311 min read


Mansuh peruntukan parlimen: Cadangan Fadhli hanya populis, tidak realistik
Cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari supaya peruntukan RM3.5 juta kepada setiap Ahli Parlimen dimansuhkan atas alasan penjimatan fiskal disifatkan hanya bersifat populis dan tidak mencerminkan realiti sebenar pengurusan ekonomi negara. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kerajaan Perpaduan MADANI, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) berkata, cadangan ahli parlimen pembangkang itu tidak mengambil kira cabaran semasa yang dihadapi negara, termasuk keti

Azuan Ab Rahman
Mar 311 min read


Selangor desak hukuman maksimum kes pemandu mabuk, dadah
Kerajaan Negeri Selangor mendesak siasatan telus serta hukuman maksimum dikenakan terhadap pemandu yang menyebabkan kematian tragis seorang penunggang motosikal di Jalan Raya Barat, Klang, pada Ahad. Setiausaha Politik Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata kejadian yang meragut nyawa Amirul Hafiz Omar, 32, itu berpunca dari pemandu di bawah pengaruh alkohol dan dadah mendesak agar tindakan lebih tegas diambil bagi memberi pengajaran kepada masyarakat. "Ma

Azuan Ab Rahman
Mar 311 min read


Kerajaan MADANI teliti garis panduan tangani isu 3R dalam Dewan Rakyat
Kerajaan MADANI meneliti cadangan untuk merangka garis panduan khusus termasuk mekanisme bagi mengelakkan kenyataan menyentuh isu kaum, agama, institusi diraja (3R) dalam kalangan Ahli Parlimen ketika berbahas di Dewan Rakyat. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R Yuneswaran (gambar) berkata, walaupun Ahli Parlimen mempunyai imuniti dalam Dewan Rakyat mereka masih perlu bertanggungjawab untuk memastikan kenyataan dikeluarkan tidak mencetuskan kemarahan atau ketegangan dalam k

Suara Keadilan
Mar 311 min read


KPT pantau keselamatan pelajar di negara Teluk
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memantau rapi keselamatan pelajar Malaysia di Asia Barat susulan ketegangan akibat konflik Amerika Syarikat (AS)-Israel dan Iran ketika ini. Menterinya, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, kementeriannya sentiasa bekerjasama rapat dengan Kementerian Luar bagi memantau situasi semasa khususnya di negara-negara Teluk yang berpotensi terkesan konflik tersebut. Tambahnya, maklumat awal menunjukkan tindak balas Iran lebih tertumpu kepada in

Suara Keadilan
Mar 311 min read


MOT cadang wajibkan pesalah kemalangan maut bayar ganti rugi
Kerajaan MADANI bercadang untuk melaksana pindaan terhadap Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi mewajibkan pesalah kes kemalangan maut membayar ganti rugi kepada keluarga mangsa selain menjalani hukuman penjara. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke (gambar) berkata, langkah tersebut merupakan antara usaha kerajaan untuk memperkukuh undang-undang dan penguatkuasaan demi memastikan keselamatan pengguna jalan raya sentiasa terpelihara. "Kerajaan tidak akan berkompromi terhadap indiv

Azuan Ab Rahman
Mar 312 min read
bottom of page
