top of page

Kerajaan kekal inisiatif BUDI Diesel RM300 sebulan untuk April

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Apr 1
  • 1 min read

Kerajaan MADANI mengekalkan bantuan BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel) pada kadar RM300 sebulan bagi April 2026.


Menurut Kementerian Kewangan (MOF), langkah tersebut merupakan sebahagian usaha melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga bahan api global.


"Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan peka dan prihatin terhadap tekanan yang dihadapi oleh rakyat susulan kenaikan harga bahan api global.


"Langkah ini dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan pengguna diesel, khususnya individu serta sektor agri-komoditi, terus menerima sokongan serta melindungi mereka dari terdedah sepenuhnya kepada kenaikan harga bahan api global," kata MOF menerusi kenyataan.


Kenyataan itu turut memaklumkan, bantuan tambahan interim sebanyak RM100 juga diteruskan, menjadikan jumlah keseluruhan bantuan bagi kategori BUDI Individu dan BUDI Agri-Komoditi kekal sebanyak RM300.


Bakal disalurkan mulai 8 April ini, inisiatif dilaksana kerajaan itu dijangka memanfaatkan kira-kira 340,000 penerima dengan peruntukan sekitar RM102 juta.


BUDI Diesel diperkanal pada Mei 2024 bagi membantu meringankan kos sara hidup dengan jumlah bantuan tunai mencecah RM1.12 bilion.


Pendekatan bersasar itu memastikan bantuan sampai kepada golongan yang benar-benar memerlukan, sambil mengekalkan disiplin fiskal negara dalam keadaan tekanan global yang berterusan.


Selain langkah interim RM100 itu, kerajaan juga menurut MOF sedang mempertimbang langkah-langkah jangka sederhana dan panjang bagi memastikan sistem subsidi kekal mampan, telus dan terus memanfaatkan rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page