top of page

Kerajaan nafi dakwaan campur tangan siasatan pemilikan saham Azam Baki

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan menafikan sekeras-kerasnya dakwaan laporan media antarabangsa yang mendakwa wujud campur tangan dalam siasatan berkaitan pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.


Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata dakwaan oleh Bloomberg bahawa Perdana Menteri meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan tersebut adalah tidak benar dan tidak berasas.


"Pihak kerajaan menafikan sekeras kerasnya dakwaan dari Bloomberg pada 30 Mac 2026 berkaitan dengan tuduhan bahawa Perdana Menteri meminta jawatankuasa khas menangguhkan pendedahan hasil siasatan pemilikan saham Tan Sri Azam Baki," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, selaras dengan pembentangan Jawatankuasa Siasatan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 11 Mac 2026, prosiding telah dimulakan mengikut peruntukan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan siasatan sedang berjalan.


"Prosiding ini mempunyai proses dan tatacara yang perlu dipatuhi. Sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," ujarnya.


Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan bahawa Jabatan Peguam Negara Malaysia akan mengambil tindakan selanjutnya terhadap Bloomberg berhubung dakwaan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page